Asyraf Wajdi usah jadi batu api, tegur Ketua Pemuda Bersatu

Asyraf Wajdi usah jadi batu api, tegur Ketua Pemuda Bersatu. Tak habis-habis mengadu domba. UMNO sebahagian daripada kerajaan dan pemimpin UMNO dalam Jemaah Menteri sedang bertungkus lumus menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

Jemaah Menteri ada tanggungjawab secara kolektif. Adakah saudara DR ASYRAF WAJDI DUSUKI cuba katakan barisan Menteri UMNO gagal bawa permasalahan rakyat ke Kabinet?

Jangan lupa pula bahawa Menteri Kewangan hari ini tiada ruang yang banyak untuk kemudi kewangan negara kerana kedudukan fiskal terjejas teruk akibat skandal terdahulu seperti 1MDB & Tabung Haji yang masih hantui rakyat.

Berbilion wang rakyat yang dicuri melalui 1MDB sepatutnya boleh digunakan untuk membantu rakyat ketika ini.

Mustahil selaku bijak pandai dalam Kewangan Islam tidak memahami kesan fiskal ke atas kerajaan hari ini hasil peninggalan skandal 1MDB yang didalangi oleh mantan Presiden UMNO ketika itu DS Najib Razak?

Adakah Dr Asyraf Wajdi pura-pura tidak nampak yang kerajaan yang ada pada hari ini yang berdiri atas muafakat pemimpin daripada UMNO-PAS-BERSATU-BN-GRS-GPS senantiasa mendengar pandangan daripada semua pihak untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara agar penambah baikkan dapat dibuat dari masa ke semasa?

Usah jadi batu api Dr Asyraf, hakikatnya UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan hari ini!

Sumber:

Jika Terlepas: Apa kesudahan konflik Ebit Lew, Nadir dan Caprice ini?