Astro kena kecam buat live Gegar Vaganza di Youtube

Astro kena kecam buat live Gegar Vaganza di Youtube

Astro kena kecam buat live Gegar Vaganza di Youtube. Lebih 50,000 penonton Gegar Vaganza (GV) 2022 mengikuti rakaman siaran langsung Astro Gempak di YouTube bagi menyaksikan persembahan peserta-peserta GV malam ini.

Namun, ramai yang tidak senang dengan pengurusan pihak Astro Gempak apabila lebih memfokuskan tayangan di belakang pentas berbanding persembahan peserta.

“Kami nak tengok peserta menyanyi, bukan keadaan belakang pentas. Sembang merapu sahaja, baik tak payah buat ‘live’ kalau nak bagi kami dengar pengacara bersembang kosong,” luah Aizat.

“Orang nak tengok persembahan artis, bukan dengar membebel. Apa benda Astro buat macam ini, kasihanlah pada kami yang tak ada Astro di rumah, tak boleh nak tengok di televisyen,” kata Nor Shihah.

“Kan dah terlepas persembahan, masa juri komen baru nak tunjuk kejadian atas pentas, semaklah,” luah Khairulnizam.

Astro kena kecam buat live Gegar Vaganza di Youtube

“Artis manalah yang Astro Gempak buat ‘live’ nyanyi ini, tak sedap, kami nak Shila Amzah, Bob, bukan mereka itu,” komen Haniff.

BACA:

Tular video penghantar barang masuk rumah pembeli, siap curi duit lagi

Kecoh laporan dakwa Ringgit Malaysia dah tak laku di Thailand

Azah Azi masih ‘bergetah’ walaupun dah usia 50 tahun, ini rahsianya..

CATEGORIES