ASP buat ‘live’ TikTok masa serbuan kena tukar dari Bukit Aman ke UiTM

Oleh MHDAILY

ASP buat ‘live’ TikTok masa serbuan kena tukar dari Bukit Aman ke UiTM. Pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang membuat video secara langsung (live) di aplikasi TikToknya ketika serbuan di sebuah pusat hiburan ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Arahan pertukaran terhadap pegawai kanan itu tular di aplikasi WhatsApp sejak petang tadi.

Beliau yang sedang bertugas sebagai ASP Operasi Urusetia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Johor dengan menyandang tugas sebagai ASP Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Teknologi Mara (UiTM) (INDUK).

Baca Artikel Penuh