ASB umum agihan terendah sejak 1990

Oleh MHDAILY

Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum memasuki tahun baharu dan nampaknya harinya telah tiba dimana orang ramai khususnya golongan Bumiputera yang melabur dalam ASB dibawah PNB menantikan dividen.

Baru sahaja diumumkan sebentar tadi oleh Pengurusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz, dividen ASB pada tahun ini diumumkan dengan agihan 4.25 seunit beserta bonus 0.75 seunit menjadikan jumlah keseluruhan agihan sebanyak 5 seunit.

Menurut Tan Sri Dr. Zeti Aziz, saiz dana yang besar serta keadaan ekonomi yang tidak stabil ditambah pula pandemik COVID-19 yang melanda antara yang memberi kesan besar kepada ASB. Berikut merupakan jumlah agihan ASB sejak 1990.

Pada tahun ini, bonus ehsan cuma diberikan kepada 30,000 unit pertama sempena sambutan ulang tahun ke-30 ASB. Sebarang pelaburan melebihi 30,000 unit pertama tidak lagi akan menerima jumlah bonus sebanyak 0.75 seunit.

Berdasarkan jumlah dividen yang diumumkan, para netizen rata-ratanya masih berpuas hati dengan dividen yang diumumkan melihatkan keadaan ekonomi semasa. Jumlah dividen yang lebih tinggi daripada jangkaan antara yang membuatkan para netizen lega.

Buat para pelabur ASB khususnya mereka yang membuat pembiayaan ASB, adakah anda berpuas hati dengan dividen yang diterima? Kongsikan bersama kami pendapat anda mengenai dividen ASB yang baru sahaja diumumkan ini.

ASB sekali lagi mencatatkan dividen yang boleh dikatakan dalam paras yang rendah.

Sumber : https://www.thevocket.com/asb-umum-dividen-5-peratus-agihan-terendah-sejak-1990/