“Asal aku mengandung je suami mesti curang lagi, sampai anak sulung meninggal pun suami kantoi lagi, aku nekad failkan cerai tapi tak sangka mak bersubahat dengan suami”

“Asal aku mengandung je suami mesti curang lagi, sampai anak sulung meninggal pun suami kantoi lagi, aku nekad failkan cerai tapi tak sangka mak bersubahat dengan suami”

Aku nak cerita tentang masalah yang aku hadapi dan sekarang aku rasa serabut dan buntu sangat. Takde siapa yang support aku dalam hal ni.

Sebelum-sebelum ni aku pernah ada masalah dengan suami dan pernah minta pendapat untuk bercerai.

"Asal aku mengandung je suami mesti curang lagi, sampai anak sulung meninggal pun suami kantoi lagi, aku nekad failkan cerai tapi tak sangka mak bersubahat dengan suami"

Ini serba ringkas kronologi kisah aku. Semua bermula masa aku dah mengandung anak pertama, suami aku curang dan aku maafkan.Malangnya, anak pertama aku meninggal dunia tapi sebulan kemudian sekali lagi aku dapat tahu suami masih lagi curang.

Aku dengan bodohnya, maafkan dia.Benda ni berulang bila aku mengandung anak yang kedua. Cycle yang sama dia curang, aku maafkan. Bila mengandung anak ketiga, aku dah tak larat nak ambil tahu tentang kecurangan dia sebab dah terlalu sakit hati.

Apa yang menyebabkan aku lagi benci, tawar hati dan sakit hati dengan dia bukan sebab curang semata tapi suami suka caci maki aku. Dia tak kira depan anak-anak pun dia akan suka hati caci maki. Suka menghentak sana sini.

Aku memang sangat tertekan sampai aku rasa nak bunuh dia. Aku ulang alik dari tempat kerja sejauh 60km, suami punya tempat kerja pulak 100 meter je. Aku balik kerja penat-penat dapat caci maki. Bila hari minggu pun kena caci maki.

BACA: Akibat kecuaian sampai hilang kaki kanan, lelaki ini menang saman RM1.3 juta dengan Hospital Melaka

Bagi aku, dia tak layak nak caci maki aku sebab dia patut bersyukur aku bagi banyak peluang pada dia walaupun dia buat aku macam sampah. Lama-lama aku fikir, sampai bila aku nak hidup macam ni? Aku nak hidup dengan dia sampai tua, kalau panjang umur sampai mati, mampu ke aku bersabar demi anak-anak aku.

Tapi aku bersabar untuk apa, aku pun mampu untuk besarkan anak-anak aku sendirian sebab kalau ikutkan aku lagi banyak keluar duit untuk kebajikan anak-anak aku. Aku yang selalu ada jaga anak-anak, sebab suami aku selalu outstation.

Aku fikir lagi, betul ke aku nak besarkan anak aku dalam persekitaran toksik macam ni. Tengok mak dia kena caci maki. Sampai satu tahap aku doa supaya dia mati atau dihantar bekerja di luar negara. Sebab nak lari dari dia aku takut sangat, takut aku kena bunuh atau takut kehilangan anak.

Akhirnya doa aku termakbul, dia dihantar ke luar negara. Sebab aku dah niat, kalau dia pergi luar negara aku akan minta cerai. Dan memang aku mohon cerai tapi sebab dia tentera, proses tu agak susah sikit sebab kena jumpa kagat.

Jadi aku terpaksa tangguh walau aku dah setel semua urusan borang dan juga peguam. Yang menjadi masalah aku sekarang adalah keluarga aku semua sokong belah dia, terutamanya mak aku. Sebab katanya kalau perempuan ni jadi janda susah.

BACA:

“Eh! Kenapa duit yang saya simpan takde? Tak mungkin salah letak sebab memang kat sini je saya simpan duit. Jumlah bukan sikit dan duit tu untuk kenduri tahlil arwah ibu nanti, rupanya..”

Kantoi buat tuntutan palsu babitkan nilai RM38.4 juta di Majlis Sukan Negara, bekas pegawai KBS dipenjara 15 tahun