“Arwah beritahu dia nak pindah Langkawi, rupanya dia nak ‘pi’ terus”

Oleh MHDAILY

“Arwah beritahu dia nak pindah Langkawi, rupanya dia nak ‘pi’ terus”.

“Arwah ada beritahu yang dia akan berpindah ke Langkawi dua hari lagi untuk tinggal bersama isterinya yang bekerja di sebuah spa kecantikan

Di sana dan makcik sangka dia nak ‘pi’ (pergi) terus, rupanya dia nak pergi tinggalkan kami semua,” kata Siti Rohani Nan, 64.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

"Arwah beritahu dia nak pindah Langkawi, rupanya dia nak 'pi' terus"

Siti Rohani adalah ibu saudara kepada Mohd Khatib Sharbini Tajuddin, 41, yang meninggal dunia di Jalan Sungai Dedap, di sini malam tadi.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal Honda EX-5 ditungganginya bertembung dengan motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggang remaja perempuan bersama adiknya.

Turut meninggal dunia, Nur Aina Ellysya Abdul Hadi, 13, manakala adiknya, Nur Aina Syafiqa Abdul Hadi, 11, mengalami kecederaan.

Siti Rohani berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Mohd Khatib pada jam 6.30 petang semalam di rumah adiknya, Zaharah Nan, 54, di Kampung Sungai Dedap.

Katanya, arwah baru selesai melakukan kerja mengikat bata untuk membina stor di rumah ibu saudaranya itu sejak dua hari lalu.

“Arwah kata nak tunggu bata kering dulu dan akan sambung kerja esok (hari ini).

“Dia sempat makan terlebih dahulu dan saya yang kebetulan berada di rumah adik ketika itu nampak dia berselera makan nasi berlaukkan sup daging serta air oren,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Yan di sini, hari ini.

Katanya, selepas makan, Mohd Khatib memberitahu akan pulang ke rumah ibunya di Kampung Bahagia, tidak jauh dari tempat kejadian.

“Masa tu cari baju pun tak jumpa, cari apa pun dah tak jumpa sebab terlampau terkejut.

“Badan lemah longlai mendengar khabar duka itu kerana tak sangka kejadian itu berlaku, dia sudah saya anggap seperti anak sendiri,” katanya.

Siti Rohani berkata, arwah yang juga anak bongsu daripada dua beradik lebih rapat dengan ibu saudaranya sejak kecil kerana lebih banyak tinggal bersama arwah neneknya.

Katanya, Mohd Khatib seorang yang rajin kerana dia akan melakukan apa yang disuruh tanpa banyak soal.

“Kalau tiada duit pun dia akan minta daripada ibu saudaranya, arwah memang baik cuma hasil perkahwinannya tidak dikurniakan anak,” katanya.

Siti Rohani berkata, arwah yang juga anak bongsu daripada dua beradik lebih rapat dengan ibu saudaranya sejak kecil kerana lebih banyak tinggal bersama arwah neneknya.

Menurut Siti Rohani, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Dedap, di sini petang ini.

Sementara itu, jenazah Nur Aina Ellysya dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Kabu 10, Sungai Limau Dalam selepas urusan bedah siasat selesai dilakukan di Hospital Yan di sini.

Bagaimanapun, adiknya dipercayai mengalami patah tangan masih dirawat di hopital sama.

BH hari ini melaporkan, dua penunggang motosikal maut manakala seorang pembonceng cedera dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, dekat Yan, malam semalam.

BACA:

β€œAku tinggalkan isteri dengan mak aku yang lumpuh, tiba-tiba anak sulong cerita apa yang nenek dia buat kat isteri aku masa aku kerja”

Kenapa lantai rumah kayu zaman dulu ada lubang? Bagi senang nak β€˜skodeng’ ke? Rupanya..