“Apabila pengasas parti BERSATU masuk PKR..”

Apabila pengasas parti BERSATU masuk PKR

“Apabila pengasas parti BERSATU masuk PKR..”. Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang juga pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, menyertai PKR hari ini.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

“Saya mengalu-alukan penyertaan Rais Hussin ke dalam PKR,” katanya.

Pada 7 Oktober lalu, Rais Hussin mengumumkan keluar daripada BERSATU.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU, menghantar surat rasmi pengundurannya kepada BERSATU, sehari sebelumnya.

Apabila pengasas parti BERSATU masuk PKR

Dalam kenyataan, katanya beliau tidak lagi aktif di dalam BERSATU sejak 2020 selepas menjalani prosedur jantung dan banyak menumpukan kepada pembangunan EMIR Research sebagai badan pemikir bebas yang menumpukan kepada cadangan dasar strategik.

“Walaupun saya bukan lagi ahli BERSATU, saya akan giat meneruskan perjuangan saya untuk Malaysia yang lebih baik dalam membantu lebih ramai rakyat berdasarkan lima prinsip teras, iaitu reformasi, keadilan, keterangkuman, progresif dan wasatiyyah (pendekatan seimbang secara adil),” katanya dalam kenyataan ketika itu.

Rais Hussin berkata, beliau mempunyai banyak kenangan indah dengan BERSATU, dari peringkat awal sebelum penubuhannya sehingga berhadapan cabaran besar pada masa kini.

“Cabaran pada masa itu sangat besar tetapi kami bersama-sama membuat perkara mustahil untuk menghadapi semua rintangan. Sepanjang peranan aktif saya dalam parti, saya tidak pernah lari daripada bercakap kebenaran yang kejam kepada kuasa yang ada, lebih kerap atau tidak atas kos peribadi saya.

Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu turut berterima kasih kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa memahaminya dengan lebih baik berbanding ahli lain.

“Suatu hari, saya berharap akan membukukan pengalaman politik ini,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada bekas Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengamanahkan banyak tanggungjawab utama membina parti dan gabungan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya juga merakamkan penghargaan kepada semua ahli parti yang bekerja dengan saya selama bertahun-tahun, terutamanya tahun-tahun awal apabila kita bersama-sama menentang segala kemungkinan untuk menyelamatkan Malaysia daripada golongan kleptokrat,” katanya.

Beliau menegaskan akan terus bercakap benar kepada kuasa tanpa rasa takut atau pilih kasih berdasarkan data, sains dan ekonomi.

“Itu memang DNA saya, kadang-kadang ia berisiko tetapi demi kepentingan yang lebih besar selaras objektif yang lebih besar bagi membina semula negara ini untuk kumpulan lebih ramai bukan hanya segelintir orang,” katanya.

BACA:

Lima peristiwa besar akan berlaku dari November hingga Mei 2023, dedah pengembara masa dari tahun 2671

Jiran campak sampah dari tingkat atas sampai pecah cermin kereta, “neraka tempat kau!”

Chef terkenal dunia buka restoran di Malaysia hanya bayar RM1.5K je gaji staff

CATEGORIES