Apa rasionalnya kompaun ditingkatkan ketika negara sudah masuk fasa vaksinisasi?

Dengan tidak semena-mena Kerajaan Minoriti khususnya Menteri Kesihatan yang tidak tahu apa yang beliau lakukan selama menjawat jawatan tersebut menggubal suatu undang-undang yang dikenali sebagai Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang akan mula berkuatkuasa pada 11 Mac 2021.

Ordinan ini sebenarnya ialah pindaan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 tetapi dinamakan Ordinan kerana ianya digubal dalam keadaan darurat tanpa melalui Parlimen.

Initipati utama Ordinan ini ialah menaikkan kadar kompaun bagi sesiapa yang disyaki melanggar Peraturan Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan samada yang penuh (PKP) atau bersyarat (PKPB) atau diperketat (PKPD) atau pemulihan (PKPP).

Akta induk asal hanya memperuntukkan kadar kompaun maksima ialah RM1,000 tetapi Ordinan meminda menaikkan sehingga RM10,000 bagi individu manakala bagi pertubuhan atau syarikat boleh dikompaun sehingga RM50,000.

Selain itu, individu yang disyaki melanggar peraturan boleh ditangkap tanpa waran dan boleh dihadapkan ke Mahkamah di mana jika disabitkan bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 ribu atau dipenjara tidak lebih 7 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi individu yang disyaki dijangkiti boleh dikenakan pemakaian peranti pengesan.

Apa yang pelik lagi ajaib ialah kenapa ianya perlu digubal sekarang dan akan dikuatkuasakan pada 11 Mac 2021 nanti dalam keadaan program vaksinasi sedang dan akan terus berjalan.

Sewajarnya hanya peraturan sedia ada diperkukuh perlaksanaan bukan peningkatan hukuman. Pengukuhan perlaksanaan ialah dengan pemantauan pematuhan peraturan yang lebih ketat bukan dengan mengetatkan atau meninggikan hukuman.

Masyarakat yang sudah sedia tenat dengan kelembapan ekonomi untuk menyara keluarga kini akan berhadapan dengan undang-undang yang akan semakin menekan.

Ya, jika tidak mahu dihukum jangan lakukan kesalahan tetapi masyarakat juga sedia maklum undang-undang ini hanya untuk masyarakat awam bukannya pemimpin dan orang atasan tang berkepentingan.

Bukan baru dan bukan sekali dua undang-undang dan peraturan tidak menyebelahi masyarakat awam tetapi sudah kerap kali terbukti dan masih berlaku.

Bermula dengan Menteri Industri Utama yang pulang dari Turki tidak dikenakan hukuman setimpal, sehingga sekarang masih belum ada apa-apa noktah tentang dakwaan terhadap Menteri Wilayah Persekutuan malah pimpinan Umno ke sana ke sini bermesyuarat secara bersemuka dalam keadaan tidak dibenarkan kepada orang awam untuk mesyuarat bersemuka.

Terbaru Azmin Ali dengan bangga memuatnaik tentang mesyuarat tertinggi parti di Putrajaya dalam keadaan darurat yang kononnya jangan berpolitik.

Sebelum ini kononnya pengkhianatan mandat pilihanraya membentuk kerajaan adalah untuk rakyat tetapi sekarang ini setelah terbukti minoriti dengan menggila menggunakan kuasa untuk kepentingan kelompok sendiri.
Adakah ini Kerajaan Beta yang nak dibanggakan?

Jika vaksin yang dibanggakan diperolehi dengan wang rakyat dipercayai mampu membendung pandemik, perlukah undang-undang yang menggila.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)