Apa muslihat menteri Umno serang parti sendiri?

Saya ini seorang tua, usia masuk 69 tahun. Menyertai UMNO dalam usia 18 tahun. Ini memberi makna selama 50 tahun berpolitik.

Tidak pernah menjadi Ahli Parlimen atau DUN. Ini mungkin sikap saya yang tidak mengampu jauh sekali minta jawatan.

Maka banyak asam garam saya telah merasainya. Banyak peristiwa berlaku di depan mata.

Maka akhir akhir ini saya ikut secara rapat kenyataan seorang Menteri UMNO yang telah digugurkan beberapa jawatan kanan menyerang Presiden Parti dengan berbagai kenyataan yang berubah-ubah.

Antara yang penting ialah menidakkan akan UMNO boleh mandiri dalam PrU ke 15. Katanya UMNO akan kalah jika tidak berkerjasama dengan Parti Ular Lidi yang hanya punya anggota 6 orang sahaja yang lain ialah perlarian politik atau Imigran dari parti yang di tinggalkan.

Sebenarnya ialah mencari jalan supaya akan berlaku dua perkara dalam kerjaya politiknya.

Dia minta parti memecat keahliannya.

Dia tidak di calonkan lagi, maka dia akan keluar dari partinya.

Kenapa dia sanggup berbuat demikian sehingga begitulah sekali?

Ingatkan dia pernah menyokong tender runding terus, khabar Boss besarnya telah meluluskan. Khabar juga komisen atau faedahnya diterima puluhan juta.

Maka ada apa dengan nama tercemar dan rosak jika wang ada berguni-guni tujuh keturunan anak cucu tak habis makan.

Ini nama smart strategi. Maka kawasan dia akan diberikan kepada calun PPBM yang sekarang berjawatan Menteri Kanan dan jika di pecat dan tidak bertanding, maka dia akan sokong si mamat. Dan tindakan ini tiada siapa yang hendak marah.

Jika Parti dia memecat dia, Maka dia saperti orang mengantuk di sorong bantal. Maka yang terbaik pedulikan sahaja apa hendak dia nak cakap.

Dan beliau bukan mantan Setiausaha Agung yang pertama menyerang Presidennya. Panglima Bukit Gantang telah memulakan.. lama dulu. Harap tidak masuk perangkap yang di pasangnya.
Sang Kelembai.

Sumber: