Apa logik pub dan kelab malam boleh dibuka kepada umum waktu PKP sedangkan masjid ditutup?

Apakah takrifan PUB bagi pihak kerajaan yang mendakwa sebagai mewakili Nayu Islang yang ada didalamnya HJ Hadi dan Menteri Agama yang bersohor dengan kerenah mereka?

PUB telah diberi kebenaran DIBUKA oleh pihak kerajaan Nayu Islang dalam keadaan sektor lain yang lebih penting ditutup dalam suasana negara menghadpi PKP dan DARURAT dari jam 6 pagi sehingga 10 malam.

Ambo tidak lihat satu kepentingan pun yang memerlukan MKN bermesyuarat untuk membincangkan sektor PUB perlu dibuka dari 6 pagi hingga 10 malam. Apa logiknya PUB perlu dibuka dalam keadaan PKP sedangkan masjid hanya AJK sahaja boleh hadir dan bersembahyang berjamaah?

Apakah Hj Hadi telah menjadi syaitan bisu dalam hal ini?

Pub dan kelab malam ialah tempat istirehat santai dan hiburan bagi mereka yang melihatnya begitu. Tempat orang lepak dan berhibur. Jika hanya untuk beli arak dan minuman yang lain lalu dibawa balik ke rumah atau pandu lalu, itu bukan pub atau kelab malam. Itu kaunter pandu lalu.

Jika nak beli arak, beer atau minuman beralkohol dan minum di rumah, tak perlu ke pub dan kelab malam, cukup dengan singgah di 7Eleven, KK Mart, 99 Speedmart, Tesco dan kedai-kedai lain.
Boleh beli apa saja jenama di sana dan balik minum di rumah.

Nak beli makanan balik makan di rumah juga tak perlu ke pub dan kelab malam. Boleh pesan saja melalui food panda, grabfood, bungkusit dan macam-macam lagi perkhidmatan yang ada.

Melainkan GRO ada dijual secara ikat tepi dan boleh membahamnya dirumah!

Ambo tak faham,manusia yang otak macamana yang telah bermesyuarat boleh menghasilkan keputusan PUB boleh dibuka bermula 6 pagi?

Kelab malam apa pulak beroperasi waktu siang dari 6 pagi hingga 10 malam? Itu bukan kelab malam tapi kelab siang.

Menteri Agama tidak didapatkan nasihatnyakah atau menteri agama yang cadangkan waktu operasi PUB itu?

Memalukan kerajaan NAYU ISLANG apabila orang yang otak “GILA-GILA” buat keputusan!

Nyamuk Menggigit
8 Februari 2021

Sumber :