Apa gunanya kami kalau kabinet putus batal darurat, kata JK Khas Bebas Darurat

kabinet

Apa gunanya kami kalau kabinet putus batal darurat, kata JK Khas Bebas Darurat.Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi mendengar penerangan kerajaan yang berlangsung selama lima hari ni tidak wajar diadakan sekiranya benar Ordinan Darurat sudah pun dibatalkan, tegas wakil rakyat blok kerajaan Noh Omar.

Noh (BN-Tanjong Karang) yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat turut mempertikai peranan dan fungsi jawatankuasa itu jika Jemaah Kabinet mempunyai kuasa untuk menamatkan Proklamasi Darurat termasuk membatalkan semua ordinan berkaitan tanpa merujuk kepada jawatankuasa berkenaan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu dilantik untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai keperluan pelaksanaan dan tempoh penamatan darurat.

“Saya merupakan ahli jawatankuasa terlibat yang dilantik untuk menasihati Agong berkenaan penamatan darurat, jika keputusan dibuat Kabinet, tidak guna kami dilantik. Sedangkan keputusan nasihat untuk sambung atau tidak adalah tugas kami,” katanya dalam sidang khas Dewan Rakyat.

kabinet

Jelas beliau, sekiranya keputusan penamatan darurat telah dibuat, sidang Dewan Rakyat yang bermula sejak semalam tidak perlu diadakan.

“Kalau betul darurat telah di ‘revoke’ (dibatalkan), tiada guna kita Ahli-ahli Parlimen berada di sini untuk berbincang,” katanya.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, kemudian memaklumkan bahawa perincian berhubung ordinan darurat akan diperjelas oleh menteri undang-undang secara terperinci pada Isnin depan termasuk persoalan membabitkan isu berbangkit.

Semalam, Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang tamat pada 1 Ogos ini.

Katanya, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat terbatal.

“Kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu. Pembatalan ini menjadikan isu Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit,” katanya pada hari pertama Mesyuarat Khas Dewan Rakyat semalam.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/27/kalau-betul-darurat-batal-tak-ada-guna-kita-bincang-di-dewan-rakyat-tegas-noh/

jika Terlepas:Panas !!! 4 lagi MP minta tukar kerusi ke blok bukan kerajaan