Apa dah jadi, keputusan kes penghakiman Rosmah pula bocor

Apa dah jadi keputusan kes penghakiman Rosmah pula bocor

Apa dah jadi, keputusan kes penghakiman Rosmah pula bocor. Tular dokumen yang didakwa kertas keputusan penghakiman berkaitan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Difahamkan dokumen terdiri daripada tiga muka surat kertas keputusan kes berkenaan tersebar dalam sebuah laman web, pada Jumaat, yang sepatutnya akan diputuskan di Mahkamah Tinggi pada 1 September ini.

Ini adalah kejadian kedua dalam minggu ini selepas polis mengesahkan menerima laporan mengenai dokumen tular yang didakwa kertas keputusan penghakiman berkaitan kes rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Sebelum ini Rosmah diperintah membela diri pada 18 Februari tahun lalu terhadap tiga tuduhan rasuah selepas Mohamed Zaini memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Rosmah mengaku tidak bersalah atas satu tuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd ketika itu, Saidi Abang Samsuddin.

Apa dah jadi, keputusan kes penghakiman Rosmah pula bocor

Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khas beliau, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

BACA:

“Dulu tutup elok je”, netizen persoal Hanna Delisha pakai baju ‘bengkung’

‘Henti tabur fitnah Rafizi’ – Dr Latiff

Jawatan kosong besar-besaran dibuka, UMP tawar gaji sehingga RM20,592

CATEGORIES