Anwar umum tolak gaji, elaun tambahan Ketua Pembangkang

Oleh MHDAILY

Beberapa kemudahan lumayan termasuk gaji bulanan mencecah RM14,000 yang ditawarkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kepada Ketua Pembangkang akan disalurkan ke satu tabung untuk rakyat miskin, kata Anwar Ibrahim.

Anwar dalam kenyataan berkata beliau berterima kasih atas kesediaan Perdana Menteri mengiktiraf fungsi Ketua Pembangkang dan kemudahan yang diberikan, namun tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang ditawarkan, iaitu:

RM 14,907.20 sebulan untuk gaji bulanan
RM 12,320.00 sebulan untuk elaun keraian
RM 1,500.00 sebulan untuk bayaran khas
RM 4,000.00 sebulan untuk elaun rumah
RM 833.00 sebulan untuk elaun selenggara rumah
RM 6,000.00 untuk elaun pakaian panas (sekali dalam 3 tahun)
RM 1500.00 untuk elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam 3 tahun)
RM 1500.00 untuk elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam 3 tahun)
Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi
“Saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin,” katanya.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Malah, Anwar menambah terdapat beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri tidak dapat beliau terima “sama sekali”.

Anwar

“Saya juga telah tegaskan pada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan.”

Sementara itu, Anwar mengulangi pengiktirafan kepada Pejabat Ketua Pembangkang tidak bermaksud pembangkang akan mendukung dasar kerajaan tanpa soal.

Anwar berkata beliau akan tetap menjalankan tugas seperti sediakala, dan berikrar aspek semak imbang “akan terus diperhebat”.

 

BACA JUGA :

Aduhai… TIMAH muncul ketika hampir Maulidur Rasul

Kes Adib :“Apa pasal PAS nak masuk campur? Ia tanggungjawab pihak berkuasa”

Gempar !!! 600 penyokong dan ahli Pas umum keluar parti di Kelantan, sertai PKR