Anwar sahkan kecilkan saiz kabinet dan potong gaji menteri

Anwar sahkan kecilkan saiz kabinet dan potong gaji menteri

Anwar sahkan kecilkan saiz kabinet dan potong gaji menteri. Kerajaan perpaduan yang akan dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menyaksikan pembentukan saiz Kabinet yang lebih kecil.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pihaknya juga akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam Kabinet kerajaan perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini.

“Saiz Kabinet kecil dan saya minta supaya ahli Kabinet baharu bersetuju dengan usul saya untuk kurangkan gaji mereka.

“Tapi ini dalam proses perbincangan dan persiapan,” katanya pada sidang media, di sini.

Ketika ditanya berhubung pembentukan Kabinet, Anwar bagaimanapun berkata ia akan diselesaikan sesegera mungkin.

Anwar sahkan kecilkan saiz kabinet dan potong gaji menteri

BACA:

Alyah jadi perhatian lagi, “dia ni memang selalu buat aku menangis”

Ini 8 isi penting dalam sidang media pertama Anwar yang wajib rakyat tahu

Sultan Johor antara kerabat pertama ucap tahniah kepada Anwar

CATEGORIES