Anwar puji Azmin, dia memang pandai bab audio dan video

Anwar puji Azmin, dia memang pandai bab audio dan video

Presiden PKR, Anwar Ibrahim, enggan mengulas kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Mohamed Azmin Ali, berhubung rakaman yang dikatakan perbualan antara beliau dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang tular selepas Perhimpunan Agung Umno 2020, baru-baru ini.

Azmin, yang juga bekas setiausaha sulit Anwar, baru-baru ini berkata beliau yakin suara dalam rakaman itu adalah suara Presiden PKR itu.

“Itu pandangan dia (Azmin). Dia pasal audio dan video ni memang pandai,” kata Anwar pada sidang media.

Semalam, Azmin berkata beliau sebagai pegawai yang sudah lama berkhidmat dengan Anwar, yakin itu adalah rakaman sahih dan akan dibuktikan melalui penyiasatan.

Azmin turut menyifatkan komplot Anwar-Zahid sebagai pengkhianatan kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini, Anwar dan Zahid menafikan mereka yang bercakap dalam klip audio itu, yang kononnya dirakam selepas PAU bulan lalu, di mana parti tersebut memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Anwar, PPBM dan DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Anwar juga sebelum ini mendakwa, rakaman audio itu adalah usaha pemimpin negara menggunakan tipu helah selepas gagal mengancam atau mendorong rakyat untuk menyokongnya.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, kementeriannya akan menyiasat kesahihan rakaman audio berkenaan.

Pada masa sama, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, turut meminta Zahid serta Anwar membuat laporan supaya siasatan dapat dijalankan.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/12/azmin-memang-pandai-pasal-audio-dan-video-kata-anwar/