Anwar menghadap Agong pagi ini bentang senarai kabinet

Anwar menghadap Agong pagi ini bentang senarai kabinet

Anwar menghadap Agong pagi ini bentang senarai kabinet. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada 8 pagi Jumaat.

Tanpa mendedahkan perkara yang bakal dibangkitkan ketika menghadap Agong pagi nanti, pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, perbincangan mengenai pelantikan barisan Jemaah Menterinya hampir selesai dan berharap pengumuman dapat dibuat dalam masa terdekat.

“Saya mohon maaf, terpaksa bergegas (untuk) selesaikan masalah (isu Jemaah Menteri) dengan semua parti komponen kerana kita harus segera bentuk barisan Jemaah Menteri dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya harap dapat diumum dalam masa dua, tiga hari lagi,” katanya dipetik Bernama dalam Majlis Ramah Mesra Reformis di Sungai Long, Kajang.

Anwar dijadualkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, Perak pada 10 pagi nanti.

Anwar menghadap Agong pagi ini bentang senarai kabinet

Beliau kemudian dijadual mengadakan sesi tinjauan mesra di Pasar Tanjung Rambutan, melawat tapak Klinik Kesihatan Manjoi, menunaikan solat Jumaat dan menghadiri kenduri rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Ipoh.

Isnin lalu, Anwar dilaporkan berkata, pembentukan Jemaah Menteri kerajaan pimpinannya memerlukan perbincangan pelbagai pihak kerana membabitkan banyak parti.

Katanya, proses rundingan juga mengambil masa kerana Jemaah Menteri baharu lebih kecil berbanding pentadbiran terdahulu.

Kerajaan perpaduan Anwar terdiri daripada PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah, dengan sokongan Ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan dua wakil rakyat bebas.

BACA:

Astro terpaksa beritahu pasal ini selepas ramai desak kekalkan Kak Lina GV akan datang

Bakat baru Syahmi Sazli: Pemuda buka cerita punca Samer jadi macam sekarang

Asyraf Wajdi tegaskan kerajaan perpaduan Anwar didominasi oleh MP muslim

CATEGORIES