Anwar buka cerita sebenar isu pengampunan diraja kepadanya, semua terkejut

Anwar buka cerita sebenar isu pengampunan diraja kepadanya semua terkejut

Anwar buka cerita sebenar isu pengampunan diraja kepadanya, semua terkejut. Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah memohon pengampunan diraja daripada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V , yang menjadi Agong ketika itu.

Sebaliknya, pengampunan tersebut adalah inisiatif daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tidak memohon pengampunan kerana saya dihukum, ‘make it clear’ di hansard. Kita bantah penghakiman yang melanggar prinsip hukum (ketika itu), mengada-adakan termasuk dalam kes pertama, membuat pertuduhan dan peristiwa yang berlaku di bangunan yang belum ada dan memaksa orang menjadi saksi atau mengambil siasatan sebelum laporan polis dibuat,

“Saya mohon maaf sebut perkara ini kerana soal pengampunan itu penting. Yang mengambil insiatif ketika itu ialah Yang di-Pertuan Agong sendiri ketika itu, baginda menelefon saya dan ini saya sebut kepada umum, semasa saya masih di pusat rehabilitasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar buka cerita sebenar isu pengampunan diraja kepadanya semua terkejut

Isu pengampunan kepada Perdana Menteri pada 2018 itu dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dalam perbahasan usul undi percaya kepada Perdana Menteri semalam.

Anwar dijatuhi hukuman penjara 6 tahun kerana rasuah pada April 1999, dan 9 tahun lagi pada Ogos 2000 atas kesalahan liwat.

Pada Februari 2015, beliau dipenjarakan sekali lagi selepas sabitan kes Liwat 2 dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Beliau menjalani hukuman 3 tahun sebelum menerima pengampunan diraja berikutan kejayaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

BACA:

Tragedi Batang Kali: Orang ramai sedih tengok keadaan ‘Blake’

Ini keadaan terkini Nad Zainal, dah boleh ketawa

Kenali ciri Autisme macam watak ‘Attorney Woo’ yang ada pada 47 ribu kanak-kanak Malaysia

CATEGORIES