Annuar puji melangit Bersatu, tuduh parti sendiri derhaka kepada raja – Puad Zarkashi

Oleh MHDAILY

Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annuar menolak diadakan sidang khas parlimen.

Annuar boleh puji melangit PPBM (Bersatu). Itu hak dia. Tetapi jangan tergamak tuduh parti sendiri menderhaka kepada raja sepertimana dia pernah buat di Kelantan dulu.

Dia dengan sengaja menularkan pula suratnya itu. Nampak dia berniat jahat.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Asas dan tujuan Umno disebut dengan jelas dalam fasal 3 perlembagaannya iaitu “Umno mendukung dan mempertahankan perlembagaan negara, perlembagaan negeri-negeri dan raja berpelembagaan”. Tiada kompromi mengenainya.

Tujuan ahli parlimen menulis surat kepada Agong ialah untuk memohon perkenan baginda supaya satu sidang khas parlimen dipanggil. Maka terpulang kepada budi bicara baginda untuk memutuskannya.

Kenapa itu dikatakan menderhaka? Ia termaktub jelas dalam Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Hanya Agong berkuasa memanggil sidang khas semasa darurat, bukan perdana menteri.

Sebab itu yang dipersoalkan ialah gelagat perdana menteri, iaitu gelagat beliau semasa “proses” memberi nasihat kepada Agong.

Ketika itu dia tidak ada sokongan majoriti. Apakah dia bercakap benar (semasa memberikan nasihat berkenaan)?

Lagi pun dalam Warta Ordinan Darurat yang disiarkan, disebut dengan jelas di bahagian bawah selepas tanda tangan perdana menteri bahawa “akan dibentangkan di parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan“.

Ahli Parlimen bertindak mengikut klausa itulah. Perdana menteri dituduh melakukan darurat politik. Apa stabiliti yang beliau mahukan melalui darurat dan menggantung parlimen?

Apakah tempoh tujuh bulan sehingga Ogos itu pelabur asing akan masuk ke Malaysia?

Darurat hanya menambah ketidaktentuan. Tiada check and balance (semak dan imbang). Pelabur tidak akan menunggu tujuh bulan lagi untuk datang.

Kenyataan perdana menteri bahawa melalui darurat, pusat kesihatan swasta boleh dikerah membantu memerangi pandemik Covid-19 juga mengelirukan.

Apakah perdana menteri tidak percaya komitmen mereka untuk membantu?

Di damping itu tidak ada yang baru dalam pakej rangsangan yang diumumkan oleh perdana menteri. Inisiatif yang diumumkan itu kebanyakannya sudah ada dalam Belanjawan 2021.

Moratorium automatik dan perintah kawalan pergerakan (PKP) pun macam bukan PKP. Orang bebas ke kompleks beli-belah dan tempat terbuka.

Justeru tidak timbul soal menderhaka kepada Agong. Tetapi perdana menteri tidak boleh dibenarkan berbohong dan menjadi semakin autokratik.-MK