Annuar Musa jalani kuarantin di rumah

Annuar Musa jalani kuarantin di rumah

Annuar Musa jalani kuarantin di rumah.Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa akan menjalani kuarantin di rumah selepas seorang pegawai khasnya disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan semalam, semua pegawai pejabat itu juga akan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

“Ujian saringan ke atas semua kontak rapat telah dilakukan dan kini sedang menunggu keputusan.

“Kerja sanitasi di pejabat menteri wilayah di tingkat 6, Menara DBKL 1, sudah dilakukan dan pejabat akan ditutup untuk beberapa hari.

“Menteri Wilayah Persekutuan memohon maaf di atas sebarang kesulitan berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu.

Annuar beberapa kali dikaitkan dengan dakwaan pelanggaran SOP dan pada 12 Julai lalu dikenakan kompaun RM2,000 selepas berkunjung ke kediaman bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur.

Kunjungan ke rumah adalah dilarang ketika penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan.

Pada Januari lalu, Annuar juga mengundang kritikan setelah bersenam di luar bersama dua individu daripada isi rumah berbeza. Dia kemudian menafikan melakukan sebarang pelanggaran SOP dan berkata bertemu mereka secara kebetulan.

Pada Februari pula, dia didapati makan secara berkumpulan ketika menghadiri sebuah program.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/583282

Jika terlepas:Penduduk Lembah Klang dijangka selesai terima vaksin bulan depan