Angkasawan kongsi pengalaman lihat keadaan bumi dari angkasa, menyedihkan. Angkasawan Perancis, Thomas Pesquet mengakui dia berasa sed!h dan kec3wa ketika melihat keadaan Bumi dari luar angkasa. Beliau sifatkan Bumi kelihatan ‘r0sak dan amat r4puh’ akibat perubahan iklim. Media tempatan melap0rkan, Pesquet menyifatkan pemandangan itu sebagai amat meny3dihkan dan tidak seharusnya berlaku.
Pesquet yang kini berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menerusi panggilan video dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron menceritakan, ker0sakan Bumi kelihatan amat jelas, bahkan boleh dilihat dalam jarak 400 kilometer.
“Sayangnya, keadaan Bumi semakin r4puh dan semakin r0sak. Melalui tingkap di ISS, kami dapat melihat jelas keadaan Bumi yang semakin u.zur akibat perubahan iklim,” katanya.
Selain itu, Pesquet juga memberitahu, para angkasawan di ISS boleh melihat Bumi ‘terbakar’ apabila beberapa kawasan hutan di Kanada dan California dijilat api baru-baru ini. Katanya, t4ufan kuat juga mer0sakkan Bumi dan fenomena cuaca semakin cepat meningkat daripada yang disangka. Pesquet dijangka kembali ke Bumi dalam tempoh terdekat selepas misi enam bulannya di ISS selesai.