Anggota Polis maut dirempuh kenderaan dipandu pemandu disyaki mabuk

Oleh MHDAILY

Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 6 Jalan Kluang-Teck Wah Hing, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata dalam nahas jam 10.25 malam itu, mangsa, Lans Koperal Bradford Bernard, 28, dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

“Mangsa baru selesai tugas kawalan keselamatan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam sebelum pulang ke IPD Kluang.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Hasil siasatan mendapati, pemandu kereta Mercedes Benz telah hilang kawalan dan bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa menyebabkan anggota polis berkenaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Abdul Razak berkata, susulan kejadian, pihaknya menahan pemandu kereta berumur 58 tahun dan hasil saringan ujian pernafasan mendapati suspek positif alkohol melebihi had ditetapkan.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan direman empat hari untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/02/785848/anggota-polis-maut-dirempuh-disyaki-pemandu-mabuk