Anggota bomba terkorban dalam misi menyelamat di Melaka

Anggota bomba yang dilaporkan lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini petang semalam disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka, awal pagi tadi.

Anggota bomba terkorban dalam misi menyelamat di Melaka

Mohd Diya berjaya diselamatkan oleh rakannya petang semalam.

Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh, 46, yang merupakan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.11 pagi tadi.

Mohd. Diya

Berita dukacita itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa, PBK II (KUP) Mohd. Diya Che Jusoh, anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Putat, Melaka telah meninggal dunia pada pukul 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

“Warga JBPM Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut,” katanya.

BACA JUGA : Gempar !!! Dua individu bergelar Datuk jadi dalang dadah felda

CATEGORIES