Ancaman keganasan di tempat sembahyang.Amaran kerajaan Jepun mengenai kemungkinan wujudnya ancaman pengganas di Asia Tenggara tidak berasas, kata Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein.
“Saya sedar mengenai perkara itu. Perisikan tentera telah memaklumkan saya, berdasarkan platform media. Ketua polis negara juga memberitahu mengenainya pagi ini. Isu keganasan itu tidak berasas,” katanya dalam temu bual di Astro Awani.
Kedutaan Jepun sebelum ini mengeluarkan amaran kepada rakyatnya di Malaysia mengenai kemungkinan berlakunya ancaman pengganas di rantau ini.
Media melaporkan Kementerian Luar Jepun memberi amaran kepada semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar supaya tidak berada berhampiran tempat orang berkumpul seperti tempat sembahyang.
Ia memetik laporan perisikan bahawa ada kemungkinan serangan terhadap rumah ibadat dan tempat yang melibatkan perhimpunan besar.
Seorang pegawai dari kedutaan itu di sini memberitahu Bernama bahawa nasihat tersebut dikeluarkan pagi semalam berikutan arahan dari Tokyo.
Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/14/ancaman-keganasan-tak-berasas-kata-hishammuddin/