[ANALISIS] Benarkah UMNO bakal kerjasama dengan PH selepas PRU?

ANALISIS Benarkah UMNO bakal kerjasama dengan PH selepas PRU

[ANALISIS] Benarkah UMNO bakal kerjasama dengan PH selepas PRU?. Presiden PAS sedang menjaja cerita kononnya UMNO mahu bekerjasama dengan PH lepas PRU.

Nampak macam logik sebab Zahid dulu satu pasukan dengan Anwar dalam Umno. Tapi hakikatnya susah untuk jadi realiti.

Kenapa ?

ANALISIS Benarkah UMNO bakal kerjasama dengan PH selepas PRU

1. Walaupun hubungan Anwar-Zahid ‘baik’ sebagai kawan, tetapi menggabungkan 2 parti ni hampir mustahil. PAS dengan UMNO yang dah nampak positif awal pun akhirnya berpisah.

2. Bila melibatkan parti, orang kedua selepas Anwar tu adalah Rafizi. Seorang yang cukup keras pendiriannya dengan UMNO. Silap-silap Anwar pun terpelanting jika betul mahu buat kerjasama ni.

3. Umno masih dengan sentimen ‘No Anwar, No DAP’. Jika Zahid masih ‘berusaha’ kerjasama dengan Anwar, tamatlah riwayat politiknya dalam UMNO.

4. PH ini pula satu gabungan yang dari awal dilihat kuat pertahan prinsip dan sukar untuk mereka khianati kepercayaan rakyat. Buktinya selepas Langkah Sheraton, boleh sahaja mereka bergabung dengan ‘pengkhianat’ untuk jadi kerajaan. Namun mereka memilih untuk jadi pembangkang kerana prinsip. Berbeza dengan PAS, prinsipnya sekarang asalkan dapat kuasa.

Mana datangnya cerita ini?

Bila diselidik, cerita ini berpunca dari satu sumber yang jadi rujukan ramai ahli PAS iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK).

Kemudian cerita ini dijaja dalam kempen PN untuk menakut-nakutkan atau menimbulkan keraguan kepada pengundi agar tidak mengundi PH.

Lebih teruk, bahan propaganda sebegini turut diulang sebut oleh Presiden PAS. Nampak sangatlah betapa mudahnya beliau tertipu dengan propaganda.

Hakikatnya, Presiden PAS lah yang telah mengumumkan ‘TANGGUH’ kerjasama dengan UMNO.

TANGGUH bermakna, tunggu sehingga sampai satu tempoh tertentu…

Bila tempoh itu?

Tentulah lepas PRU.

Dia yang mahu kerjasama dengan UMNO, dituduhnya orang lain mahu kerjasama.

BACA:

Pemuda terpaksa gagahkan diri terima scroll ijazah selepas 6 jam ayahnya meninggal

Nak tahan lelaki warga asing mabuk ceroboh rumah, sampai berdarah kepala 2 polis ini

Menjelang PRU15, OPR naik lagi!

CATEGORIES