Anak Zahid akui sudah lama baik dengan keluarga Anwar, “dia sweet orangnya”

Anak Zahid akui sudah lama baik dengan keluarga Anwar, “dia sweet orangnya”. Walaupun berbeza pendirian politik, Nurulhidayah Zahid mengakui keluarganya dan keluarga Anwar Ibrahim sudah kenal lama.

Bagaimanapun, kata Nurulhidayah, persahabatan tidak mempunyai garis sempadan.

“Keluarga kami kenal satu sama lain sejak saya kecil. Pada saya, persabahabatan tiada sempadan.

“Tiada masalah.

“Politik, persahabatan, kami tidak campur aduk,” kata anak sulung presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam wawancara dengan portal berbahasa Inggeris Sinar Daily.

Anak Zahid akui sudah lama baik dengan keluarga Anwar, "dia sweet orangnya"

Zahid dan Anwar sebelum ini pernah berada dalam satu kem ketika Anwar menjadi pemimpin kanan Umno.

Umno dan PKR pernah dispekulasi mahu bekerjasama untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, susulan dakwaan rakaman suara bocor mereka.

Mereka bagaimanapun masing-masing menafikannya.

Sementara itu, ditanya pandangannya berkaitan Anwar, Nurulhidayah menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai baik dan bermulut manis.

“Bila kamu cakap dengan dia, selalu cakap perkara positif.

“Saya rasa dia sweet,” kata Nurulhidayah.

Nilai kekeluargaan

Usahawan wanita itu juga berkata dia menghormati nilai yang diamalkan dalam keluarga Anwar.

“Politik itu kita letak tepilah kan. Nilai kekeluargaan, bagaimana dia sebagai seorang bapa, saya sanjungi dia,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya siapa patut menjadi perdana menteri, Nurulhidayah cuma membertikan jawapan umum–“ketua parti”.

“Pada saya, sekarang kita tidak tahu.

“Jadi kita patut tunggu sehingga PRU5,” katanya.

Ditanya apa yang perlu untuk menjadikan Malaysia hebat semula, dia berkata perkara itu ialah perpaduan.

“Kita patut lebih gembira, Kita patut lebih positif,” katanya.

BACA:

Pantang nampak abang lori sampah mesti ucap terima kasih, kisah budak ini jadi perhatian

Sertai Selangor Saring jika anda ada sakit kepala, dada dan perut

Mawar Karim dedah hal sebenar mengenai perkahwinannya

CATEGORIES