Anak Najib curi rakam video Rosmah solat, doa

Anak Najib curi rakam video Rosmah solat doa

Anak Najib curi rakam video Rosmah solat, doa. Laman media sosial, Instagram anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah lekang dengan coretan mengenai keadaan keluarganya semenjak bapanya menjalani hukuman penjara lebih tiga minggu lalu.

Terbaharu, Nooryana Najwa berkongsi kesedihan dan kekosongan yang sedang dirasai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor di saat suami tercinta tiada di sisi.

Dia juga sempat ‘mencuri’ rakam foto ibunya yang sedang berdoa di atas tikar sejadah dengan memakai telekung dalam keadaan duduk pada waktu Subuh.

“Daddy tidak ada di sisi kami, tidak di rumah lagi kini. Saya cuba menemani Mummy sebanyak mungkin, mengubati rindunya dengan kekosongan di rumah, adakalanya waktu tidur juga supaya katil di sebelah Mummy tidak rasa kosong sangat.

“Sempat mengambil gambar ini waktu Subuh tadi. Mummy seorang isteri yang sangat merindui suara, gelak tawa, keceriaan, suaminya di sisi,” katanya.

Anak Najib curi rakam video Rosmah solat, doa

Nooryana Najwa turut meluahkan rasa kagum dengan semangat ibunya yang kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga meskipun dirinya sedang bergelut dengan masalahnya sendiri.

“Seorang ibu yang kini memikul tanggungjawab ketua rumah kami buat sementara waktu dan pada masa sama juga memperjuangkan keadilan buat dirinya.

“Seorang nenda yang sentiasa cuba memikirkan bagaimana menjawab soalan cucunya apabila ditanya ‘di mana atuk?’” ujarnya.

Nooryana Najwa yang menggunakan nama akaun @yananajib mengakui ibunya adalah wanita yang sentiasa di sisi Najib sepanjang perjalanan dan jatuh bangun beliau.

“Seorang yang memahami perjuangan dan laungan Bossku, sentiasa berada di sisinya sepanjang masa ini, waktu suka dan dukanya.

“Sebagaimana saudara saudari semua, mummy juga percaya bahawa DSN berhak mendapat keadilan dan mahukan keadilan penuh dan menyeluruh untuknya.

“Kita akan terus berusaha dan berdoa untuk kesihatan dan kebebasan DSN agar dapat ketenangan dan kedamaian di masa DSN sudah berumur kini,” luahnya.

BACA:

Menitis air mata Neelofa dan Lisa Surihani di set shooting, “kita pula sebak tengok”- netizen

Selangor umum pengecualian cukai taksiran dan fi lesen penjaja

Pengemis kantoi main judi online dalam handphone sambil kutip sedekah

CATEGORIES