Anak Muhyiddin pakai nama Priest, mufti-mufti Malaysia akhirnya bersuara

Anak Muhyiddin pakai nama Priest mufti mufti Malaysia akhirnya bersuara

Anak Muhyiddin pakai nama Priest, mufti-mufti Malaysia akhirnya bersuara. Umat Islam dinasihat agar mengelak diri masing-masing daripada terlibat dengan tindakan yang boleh disalah faham atau dikaitkan dengan agama lain.

Walaupun pada asasnya sesuatu tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai syubhah, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata keadaan boleh menjadi lebih buruk apabila membawa kepada haram.

Wan Salim berkata menggunakan gelaran seperti priest boleh disalah anggap kerana ia biasanya merujuk kepada pembesar dalam agama lain.

“Ia dipanggil syubhah (kerana) itu nama panggilan kepada pembesar dalam agama lain. Maknanya nama yang mengelirukanlah,” katanya.

Anak Muhyiddin pakai nama Priest mufti mufti Malaysia akhirnya bersuara

Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai seorang lelaki Muslim yang menggunakan gelaran Moslem Priest dan dipercayai seorang deejay kelab malam.

Mengelirukan, undang fitnah

Wan Salim berkata, gelaran priest selalunya digunakan untuk pemimpin agama Kristian.

“Dalam Islam tak ada istilah ada paderi atau priest, yang ada haji, ataupun ulama kalau seseorang itu ada ilmu.

“Justeru istilah priest itu digunakan dalam agama selain daripada Islam… tepatnya agama Kristianlah,” tambahnya lagi.

Pandangan sama turut dikongsi Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad, yang berpendapat seseorang yang mengaku Islam tidak boleh berbuat perkara yang berkaitan agama lain pada diri mereka.

Misalnya, kata Mohamad Shukri, seseorang yang mengenakan pakaian kuning sehingga boleh dianggap seumpama sami Buddha.

“Memang salahlah kerana membuat perkara-perkara yang ada kaitan dengan agama lain,” katanya.

Dia juga mempersoal tujuan di sebalik nama itu digunakan, sama ada sekadar tujuan bersuka-suka satau atau sebaliknya berbangga-bangga dengan gelaran tersebut.

“Kalau dia dah berbangga-bangga dengan agama itu, memang dilarang Islam,” katanya.

Cuma tambah Mohamad Shukri tindakan tersebut mungkin dimaafkan jika individu terbabit bertindak sedemikian dalam keadaan jahil.

Pun begitu kata Mohamad Shukri pada umumnya tidakan seumpama itu memang dilarang Islam kerana boleh membawa kesan buruk termasuk mengelirukan serta mengundang fitnah.

”Dalam hadis nabi ada disebutkan bahawa sesiapa yang cuba menyerupai perbuatan agama lain, maka dia sebahagian daripada mereka itu.

“Itu tanda kemarahan (larangan keras) Islam, dengan bahasa lain, ia ditegah,” katanya.

Mohamad Shukri juga menasihati orang Islam agar lebih berhati-hati dengan sebarang tindakan membabitkan agama.

Katanya, memadailah untuk seseorang Muslim berbangga dengan ciri serta ajaran Islam dan tindakan mencampur-adukkannya dengan agama lain boleh dianggap sebagai mempersenda Islam.

“Kita seolah-olah sudah menghina agama kitalah kerana Nabi Muhammad kata Islam itu berada di tempat paling tinggi, maka tidak ada alasan lain yang boleh mengatasi Islam,” jelasnya lagi.

BACA:

Pele meninggal dunia di usia 82 tahun

Buah gugur rupanya boleh jadi baja terbaik supaya pokok berbunga

Baby Shima tunjuk IC dah sah jadi orang Indonesia, ‘ambik lah dia ni’ – netizen

CATEGORIES