Anak Malaysia bakal jadi Menteri Luar Australia selepas menang pilihanraya

Oleh MHDAILY

Anak Malaysia bakal jadi Menteri Luar Australia selepas menang pilihanraya. Anak kelahiran Malaysia, Penny Wong, adalah antara lima anggota kaukus Parti Buruh yang akan menjadi barisan menteri pertama mengangkat sumpah esok selepas pilihan raya umum Australia.

Penny, yang berkelulusan undang-undang, dilahirkan di Kota Kinabalu tetapi berpindah ke Australia pada 1976 ketika berusia lapan tahun, dijangka dilantik sebagai Menteri Luar Australia.

Beliau pertama kali dilantik sebagai anggota Senat mewakili Parti Buruh pada 2001 dan pernah dua kali dilantik semula pada 2007 serta 2013.

Baca Artikel Penuh