Anak Faizal Hussein dah remaja rupanya, yang sorang ni sebijik muka ayah

Anak Faizal Hussein dah remaja rupanya, yang sorang ni sebijik muka ayah. Wajah yang kacak dan senyuman manis Faizal Hussein menjadi pujaan hati ramai peminat dulu sehingga kini.

Siapa tak kenal kan dengan hero Gila-Gila Remaja, pasti anda akan terbayang heronya si Roy yang nakal dan happy go lucky orangnya.

Memulakan karier dalam bidang lakonan pada tahun 1972 dan sehingga kini Faizal Hussein masih aktif. Bahkan, namanya masih ‘laku’ dan menjadi pilihan penerbit serta pengarah drama.

Bahkan, Faizal sebelum ini pernah berkongsi petua awet muda. Menurut Faizal, dia hanya minum air masak dan tidak minum air yang berais. Selain itu, Faizal juga tidak akan tambah makan walaupun hidangan yang disediakan sangat sedap.

Biarpun sudah lebih 30 tahun di persada seni, nama Faizal Hussei masih kekal relevan dalam industri hiburan tempatan. Tidak hairanlahnya namanya disebut-sebut setelah membintangi beberapa buah filem dan juga Drama.

Hasil perkongsian hidup bersama Suhaila Sulaiman yang juga pelakon, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Fazrick Faizal,16 dan Fazryn Faizal, 13.

Anak Faizal Hussein dah remaja rupanya yang sorang ni sebijik muka ayah

Baru-baru ini, Pemenang Anugerah Pelakon Drama terbaik 2019 ini berkongsi gambar anak-anaknya. Rata-rata memuji wajah anak-anak saling tak tumpah dengan ibu bapa mereka.

Si sulung Faizal, Fazryn membesar menjadi anak gad1s yang cantik dan manis orangnya. Begitu juga adik lelakinya, Fazrick yang juga telah dewasa dan juga memiliki senyuman yang manis.

Anak-anak Faizal sudahpun remaja namun Faizal dan Suhaila masih terlihat muda belia. Memetik kata Faizal di kapsyennya, tiada apa yang istimewa cuma masa berharga bersama insan tersayang.

Sumber: faizalhusseinofficial

Tonton:

Baca:

Sotong celup tepung dibuat daripada usus babi? Waspada semua..

Baru nak ‘feeling’ sedih family nak pergi jauh, sekali kakak buat hal pulak

Lupa tanya harga mee sebelum order, sekali nah sampai bil menggelupur nyawa haa…

CATEGORIES