Anak belasah ibu guna kerusi plastik, puncanya buat ramai bengang…

Gara-gara berang motosikal ditarik oleh pihak kedai, seorang lelaki dipercayai tergamak ‘membelasah’ ibu kandungnya yang berusia 68 tahun sehingga menyebabkan kecederaan.

Pukul mak dengan kerusi plastik

Anak belasah ibu guna kerusi plastik, puncanya buat ramai bengang...

Memetik laporan Harian Metro, insiden cemas itu berlaku sekitar jam 10 pagi semalam di sebuah rumah panjang yang terletak di Sibu, Sarawak. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat, suspek yang berusia 33 tahun itu mula bertindak agresif dengan memukul ibunya menggunakan kerusi plastik selepas pihak kedai menarik motosikal milik suspek kerana pihaknya gagal membayar ansuran bulanan.

Suspek bertindak agresif dan tidak berpuas hati dengan ibunya selepas motosikalnya ditarik oleh pihak kedai. Ibu suspek berusia 68 tahun cuba menenangkannya, tetapi akhirnya dia dipukul sehingga bengkak di kepala dan luka di tangan kiri.

Berikutan daripada insiden itu, suspek kini ditahan reman sehingga 29 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Difahamkan, kerusi plastik yang dipercayai digunakan suspek turut dirampas sebagai bahan bukti kes.

Menurut sumber, suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau itu baru sahaja keluar dari penjara setelah menjalani hukuman selama lima bulan atas kesalahan mengikut Seksyen 324/326a Kanun Keseksaan.

Berita Penuh : https://ohbulan.com/berang-motosikal-kena-tarik-anak-tergamak-belasah-ibu-guna-kerusi-plastik

BACA JUGA : Kerajaan, PH digesa muktamadkan segera kerjasama – BERSIH

COMMENTS

Wordpress (0)