Anak ayam berkaki empat jadi perhatian

Anak ayam berkaki empat jadi perhatian. Seorang petani di wilayah Nong Khai, Thailand, terkejut apabila mendapati seekor anak ayam yang dibelinya mempunyai empat kaki dan dua punggung, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lelaki bernama Idisak itu membeli 1,000 ekor anak ayam betina dan meletakkan haiwan-haiwan tersebut di dalam reban miliknya di Big Bum Farm.

Salah seekor ayam itu mencuri perhatian Idisak kerana keadaan fizikalnya yang luar biasa.

“Saya membela ayam selama 15 tahun dan sepanjang tempoh tersebut, saya tidak pernah melihat anak ayam mempunyai empat kaki dan dua punggung,” katanya.

Berita mengenai anak ayam itu pantas tersebar dengan orang ramai mengunjungi ladang ternakan Idisak bagi melihat sendiri keganjilan tersebut.

Anak ayam berkaki empat jadi perhatian

Baca Artikel Penuh