Amukan lelaki mabuk, seorang warga emas mati ditikam

Oleh MHDAILY

Seorang lelaki ditahan selepas mengamuk dan menikam seorang warga emas hingga mati dengan sebilah pisau di sebuah homestay di Jalan Pinang, Taman Kota di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan semasa duduk di kaki lima sebuah kedai di Jalan Pinang 1 pada jam 4.15 petang.

“Tangkapan ini dilakukan selepas menerima aduan daripada seorang lelaki pada jam 3.55 petang berhubung satu pergaduhan bersenjatakan pisau di sebuah homestay di taman berkenaan.

Baca Artikel Penuh