Ambil iktibar, set ‘Live Location’ di Whatsapp jika pandu seorang diri

Ambil iktibar set Live Location di Whatsapp jika pandu seorang diri

Ambil iktibar, set ‘Live Location’ di Whatsapp jika pandu seorang diri. Ambil iktibar, set ‘Live Location’ di Whatsapp jika pandu seorang diri, ini kerana malang tidak berbau, semoga ia dapat memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kemalangan mahupun kejadian yang tidak diingini.

Bukan apa, memandu adakalanya memang cukup meletihkan, lebih-lebih lagi jika jarak perjalanan jauh dan memandu seorang diri. Lebih membahayakan apabila kawasan yang dilalui merupakan kawasan terpencil atau sunyi. Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku jika berseorang diri, ia dapat memberi kesan kepada waris kita supaya dapat mencari dilokasi terakhir kita.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan penemuan sebuah kenderaan MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalams sebuah sungai di Kuantan, Pahang.

Ini perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang dapat kita ambil untuk manfaat kita bersama;

HARI INI KITA MENDAPAT BERITA SEDIH TENTANG PENEMUAN SEBUAH KENDERAAN JENIS MPV YANG TENGGELAM BERSAMA PEMANDUNYA DI DALAM SEBUAH SUNGAI BERHAMPIRAN KUANTAN, PAHANG.

Ambil iktibar, set 'Live Location' di Whatsapp jika pandu seorang diri

Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).

Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.

Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:

1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.

2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).

3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).

4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak).

5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.

6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.

Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.

Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.

Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
#NotaKesihatanDrKamarul

BACA:

Nik Amar puas hati rakyat Kelantan lagi bahagia dari Selangor

Netflix bakal tutup syarikat? Berjuta pelanggan lari..

Ganti host Melodi, Nabila Huda iri hati dengan Ain Edruce?

CATEGORIES