Amanah Tanah Merah Saran Jalanraya Timur Barat Segera Dinaiktaraf

Amanah Tanah Merah Saran Jalanraya Timur Barat Segera Dinaiktaraf. Tidak lama lagi akan tiba musim perayaan bagi umat Islam. Bukan sekadar limpahan trafik dari arah Gua Musang ke Kota Bharu, satu lagi jalan utama yang sering dilupakan ialah Jalan Raya Timur Barat. Jalan ini juga akan amat sibuk.

Jalan Raya Timur Barat (Gerik-Jeli) yang mula beroperasi pada tahu 1982 sudah mencapai usia 40 tahun pada tahun 2022. Jalan raya ini merupakan penghubung utama 3 buah negeri iaitu Perak, Kelantan dan Terengganu.

Jalan raya ini juga merupakan jalan yang bersejarah di dalam negara ini kerana merakamkan begitu banyak peristiwa penting dalam pembangunan negara.

Sehingga kini, jalan raya ini sangat signifikan kerana menghubungkan dari Pasir Puteh, Kelantan hingga Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Amanah Tanah Merah Saran Jalanraya Timur Barat Segera Dinaiktaraf

Mutakhir ini, pengguna Jalan Raya Timur Barat semakin meningkat terutama musim perayaan dan cuti sekolah. Jalan raya ini bukan sahaja digunakan oleh kenderaan persendirian, malah ia turut melibatkan kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan berat seperti lori dan treler.

Kemalangan yang melibatkan kecerderaan serius dan kehilangan nyawa kerap kali berlaku.

Saya sangat berharap agar Jalan Raya Timur Barat dinaiktaraf kepada empat lorong dan jalan raya kembar di sesetengah lokasi. Kenderaan berat dapat bergerak di lorong kiri dan disediakan juga lorong kecemasan sekiranya berlaku kecemasan. Ini dapat mengurangkan risiko kemalangan maut yang kerap kali terjadi.

Saranan ini melibatkan juga pembinaan struktur penguat cerun bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan raya. Penaiktrafan ke jalan raya empat lorong ini juga dapat mengelakkan operasinya terjejas penuh sekiranya berlaku juga kejadian tanah runtuh. Umum mengetahui, penutupan jalan raya boleh mengakibatkan penangguhan perjalanan dan merencatkan kegiatan ekonomi.

Jalan raya empat lorong ini juga dapat membangunkan sektor pelancongan, perniagaan sekaligus memacu ekonomi negeri dan negara. Sistem pengangkutan yang efisien ini akan menarik lebih banyak pelabur terutamanya luar negara untuk melabur dalam sektor-sektor yang signifikan seperti pelancongan hutan secara lestari di negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Negeri Kelantan Darul Naim.

Kewujudan sektor perniagaan dan pembangunan yang pesat akan memberi pulangan dan keuntungan jangka masa panjang kepada kerajaan dan rakyat khususnya. Buat sekian kali, sudah tiba masanya kemajuan infrastrukur dan jaringan jalan raya bertaraf dunia di bawa ke negeri ini.

HISHAM BIN FAUZI
Amanah Tanah Merah

BACA:

Cermin kereta kena pecah, tindakan pantas pemuda ini berjaya tangkap penyamun di SS14

“Sebenarnya saya nak jual organ bukan nak derma, saya terpaksa..”