Amanah mesti menang 9 kerusi di PRN Melaka

Parti Amanah mesti memenangi sekurang-kurangnya 9 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana peluang untuk menang kesemua kerusi adalah cerah dan bagus dengan isu-isu tempatan yang ada.

Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Datuk Asmuni Awi bagaimanapun berkata, “Kita (PH) tidak sekali-kali memandang rendah kekuatan pihak lawan walaupun berlakunya perpecahan (politik) dalam kalangan mereka tetapi kita perlu menghormati kekuatan mereka kerana kadang-kadang kelemahan yang ada itu dapat diatasi melalui pengalaman yang ada.”

Amanah mesti menang 9 kerusi di PRN Melaka

Beliau juga menegaskan bahawa keyakinan untuk Parti Amanah memenangi 9 kerusi pada PRN kali ini kerana hasil kajian rambang di peringkat akar umbi yang mendapati kebanyakan pengundi di negeri itu masih menyokong PH.

Pada PRU14, Amanah menang dua kerusi DUN iaitu Durian Tunggal dan Bukit Katil daripada enam kerusi yang ditandingi.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH berkata, gabungan berkenaan telah selesai mengagihkan kerusi ditandingi komponennya daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 11 kerusi, Amanah dengan sembilan kerusi dan DAP lapan kerusi.

BACA JUGA : Pengumuman bajet bakal beri kesan kepada Tabung Haji
Panas !!! 18 Ketua Cawangan dan ahli Bersatu Arau ugut keluar parti