Aman salam semua cikgu sebelum ‘pergi’, kanak-kanak mangsa lemas beri petanda..

Aman salam semua cikgu sebelum ‘pergi’, kanak-kanak mangsa lemas beri petanda..

Aman salam semua cikgu sebelum ‘pergi’, kanak-kanak mangsa lemas beri petanda.. Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di alur sungai Kampung Batu 9, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Aman A Suhimi sedang mandi bersama dua rakannya.

“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman menerima panggilan pada 5.37 petang daripada MERS999 memaklumkan berlaku kejadian lemas di Kampung Batu 9 Ibok.

“Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, bapa mangsa, A.Suhimi Salleh, 58, berkata, jenazah anaknya ditemukan pekebun di ladang kelapa sawit, kira-kira 100 meter dari lokasi anaknya mandi sekitar 5.15 petang.

Aman salam semua cikgu sebelum 'pergi', kanak-kanak mangsa lemas beri petanda..

“Saya tidur selepas solat zohor. Kira-kira 3 petang, anak saya balik dari sekolah dan terus pergi main air (di alur sungai Kampung Batu 9) dengan kawan-kawan.

“Pagi itu, dia ada sukan di sekolah dan kemudian pada petang, kawannya datang (ke rumah) memberitahu Aman (Muhammad Aman) lemas,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Kemaman, malam tadi.

A.Suhimi berkata, anaknya sering mandi di alur sungai itu bersama rakan-rakannya namun semalam paras sungai tersebut meningkat kira-kira dua meter susulan hujan.

Beliau berkata, Muhammad Aman yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik juga berkelakuan agak berbeza daripada kebiasaan sejak kebelakangan ini.

“Perangai anak saya memang berbeza sedikit, dia memang mahu saya bersama isteri pergi ke sekolah untuk melihat dia bersukan. Masa pergi ke sekolah itu (Sekolah Kebangsaan Ibok), memang dia suka, di sekolah pun hari ini (semalam), semua cikgu dia salam,” katanya.

BACA:

Terkilan dengan kenyataan Wafariena, Iqbal tampil bersuara bagi ayat padu

Isteri tunjuk bukti suami menggatal dengan skandal di Omi

Anak Aliff Syukri jawab soalan best ke tak jadi anak Dato – “Jujur betul dia ni..”

CATEGORIES