Alih botol : Dua kesan berbeza Ronaldo dengan Pogba

Dunia bola sepak tempoh hari menjadi kecoh susulan tindakan beberapa bintang bola sepak dunia alih botol air penaja Euro 2020 dalam sesi sidang media bersama dengan wartawan.

Tindakan bintang Portugal iaitu Cristiano Ronaldo mengalihkan botol air Coca-Cola dilaporkan telah menyebabkan syarikat gergasi air berkarbonat itu rugi sebanyak 4 bilion dollar.

Alih botol

Namun, lain pula ceritanya pada syarikat Heineken. Tindakan bintang Perancis iaitu Paul Pogba mengalihkan botol air Heineken didakwa telah menguntungkan syarikat tersebut sebanyak 1 bilion dollar dalam masa satu saat sahaja.

Alih botol

Menurut satu video dari Oh My Goal, syarikat Heineken menyatakan bahawa harga saham syarikat tersebut didakwa telah melonjak naik sebanyak 1.65%.

Secara keseluruhannya, Heineken telah didakwa untung sebanyak 1.1 bilion dollar.

Jadi, mengapa tindakan Ronaldo itu telah menyebabkan syarikat Coca-Cola rugi berbilion dollar dan mengapa tindakan Paul Pogba pula tidak menyebabkan kerugian?

Oh My Goal membuat spekulasi bahawa tindakan penyerang pasukan Juventus itu dibuat atas dasar nutrisi dan kesihatan manakala Paul Pogba pula tidak langsung menunjukkan apa-apa tujuan bagi tindakannya itu semasa insiden tersebut.

Tindakan Pogba bagaimanapun difahamkan ada kaitan dengan kepercayaan agamanya memandangkan bintang bola sepak itu merupakan seorang penganut agama Islam. Malah, UEFA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memahami tindakan Pogba itu atas dasar sensitiviti agama.

Namun apa yang boleh diperkatakan adalah, tindakan Cristiano Ronaldo pastinya memberikan impak yang besar kerana beliau adalah merupakan lelaki yang paling ramai pengikutnya di media sosial Instagram.

Tak hanya itu, beliau juga adalah idola kepada jutaan peminat diseluruh dunia yang menjadikannya sebagai contoh.

Berbeza dengan Paul Pogba, walaupun beliau juga sangat terkenal, namun beliau tidak memiliki aura seperti Ronaldo.

Selain daripada kedua pemain tersebut, turut serta mengalihkan botol minuman penaja adalah pemain tengah pasukan Itali iaitu Manuel Locatelli.

Kesemua tindakan pemain-pemain tersebut telah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak.

Terbaru, pihak UEFA telah mengeluarkan amaran bahawa tindakan pemain bola sepak yang sengaja mengalihkan botol minuman penaja boleh dikenakan denda.

UEFA dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa: “UEFA ingin mengingatkan kepada semua pasukan bahawa kerjasama dengan penaja adalah amat mustahak bagi menjayakan kejohanan dan untuk memastikan perkembangan bola sepak di seluruh Eropah, termasuk untuk remaja dan wanita.”

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/06/18/bercanggah-dengan-ronaldo-tindakan-pogba-alihkan-botol-ketepi-didakwa-buatkan-saham-heineken-naik-1-billion-dollar/?fbclid=IwAR33HCa8XbRBrzKyFF6vrC2Se2T5yx2tbpiEOzNUQ_rT1MuJZ0PbHFMB0Dk

COMMENTS

Wordpress (0)