Akuarium terbesar dunia pecah, habis banjir satu jalan

Akuarium terbesar dunia pecah habis banjir satu jalan

Akuarium terbesar dunia pecah, habis banjir satu jalan. Sebuah akuarium gergasi yang mengandungi sejuta liter air di lobi Radisson Blu di Berlin musnah, menyebabkan air membanjiri hotel dan jalan-jalan berhampiran.

‘AquaDom’ yang berketinggian 14 meter memegang Guiness World Record bagi akuarium silinder terbesar di dunia.

Polis berkata, akuarium yang menempatkan lebih 1,500 ikan itu mengalami kerosakan luar biasa dan dua orang turut cedera terkena serpihan kaca.

Imej di media sosial menunjukkan sejumlah besar kerosakan di ruang legar hotel.

Serpihan akuarium tersebut bertaburan di kawasan jalan di hadapan bangunan yang ditutup akibat banjir.

Akuarium terbesar dunia pecah habis banjir satu jalan

Lapor BBC, semua tetamu telah dipindahkan keluar dari hotel.

Akuarium itu telah dimodenkan dua tahun lalu, dan terdapat lif berdinding jernih dibina di dalamnya untuk digunakan oleh pelawat.

Beberapa bilik di hotel diiklankan mempunyai pemandangan akuarium gergasi itu.

Pasukan bomba Berlin berkata, lebih 100 anggota bomba dikerahkan namun punca kejadian masih belum diketahui.

Pihak berkuasa pengangkutan awam Berlin berkata, jalan Karl-Liebknecht di luar hotel telah ditutup kerana jumlah air yang terlalu banyak di jalan raya.

Tarikan itu ditutup buat sementara waktu dan pihak hotel meminta pengunjung menjadualkan semula tiket mereka.

BACA:

Sambal nasi lemak tahan lama, ini rahsia peniaga rupanya

Petua nak bagi tinggi cepat paling berkesan, tak perlu ubat pun

Baru kenal siapa suami Wardina Safiyya yang sebenarnya, “ada kata sorok..”

CATEGORIES