“Aku yatim piatu, duit, harta, semua aku warisi dari orang tuaku tapi kerana keluarga mertua, aku pulangkan semula suami”

Saya isteri yang tiada mak dan ayah. Dan saya juga mempunyai depression dan juga mempunyai 2 anak lelaki yang baik dan juga bijak di dalam pelajaran.

Suami alhamdulillah, seorang ayah yang baik dan mungkin suami yang baik dan anak yang sangat taat kepada mak ayah nya.

Kami akan berpisah oleh kerana perangai mak ayah nya selalu menyakitkan hati saya.

"Aku yatim piatu, duit, harta, semua aku warisi dari orang tuaku tapi kerana keluarga mertua, aku pulangkan semula suami"

Ini kerana saya sudah bertahan selama mungkin dan sekarang kekuatan sudah tiada.

Suami tidak mampu lagi melihat saya menangis dan kemurungan oleh sebab sikap keluarga nya terhadap saya.

Mak ayah nya lebih sayangkan adik bongsu dia kerana belajar di luar negara dan sekarang dikatakan paling hebat diantara anak yang lain.

Setiap kali di ajak tido di rumah kami emak dan ayah tak mahu. Hanya akan tido di rumah kami jika rumah anak kesayangan nya tidak available.

Dan bila saja tido dirumah kami ada saja dia tidak suka. Pernah sekali dia bercakap,

“Ala rumah ko kecik tak best, rumah adik ko besar lagi best.”

“Ala adik ko paling hebat paling berjaya.”

Dan isteri adik bongsu suami juga dikatakan anak orang kaya. So mak mentua dan ayah mentua memang sayangkan dorang dan menjaga hati dorang sebaik mungkin.

Anak kami juga selalu di abaikan sebab mak dan ayah suami lebih sayangkan cucu anak kesayangan mereka.

Kami sudah biasa dan menjalani kehidupan jauh dari mereka. Suami akan mengelak dari saya jumpa adik dan isteri nya kerana ingin menjaga kesihatan mental saya.

Sebab setiap kali keluarga suami datang, mental saya akan remuk dengan kata kata dan perbuatan mak ayah si suami. Beberapa kali cubaan membnuh diri saya lakukan.

Tapi Allah masih sayangkan saya. Saya selalu solat tahajud dan taubat untuk memohon keampunan Allah dan beri kekuatan untuk diri ini.

Kemurungan saya makin teruk apabila mak ayah nya selalu marahkan saya. Setiap kali mak ayah dan keluarga suami datang, kami akan bergaduh besar dan saya akan mengalami kemurungan.

Beberapa kali kami sudah file kan penceraian tapi kami batal kan sebabkan kenangkan anak anak yang masih kecil.

Saya selalu bagitau suami, tak pe saya korbankan bahagia saya untuk melihat anak anak saya membesar dengan baik.

Tapi kali ni kesabaran saya tidak mampu dibendung lagi.

Hanya kerana saya dan suami tidak menghadiri party hari jadi cucu kesayangan nya (anak anak kepada adik suami). Emak nya terus marahkan kami.

Kerana adik dia memberi tahu emak nya, terasa hati dengan kami kerana tidak datang ke party anak nya.

Sedangkan selama ni kami terasa dengan semua perbuatan adik dan isteri nye tak pernah lagi kami adukan. Hanya memendam rasa kerana suami tidak mahu menjadi anak derhaka.

Saya selalu berhabiskan duit saya untuk membawa/ membeli/ membawa makanan yang sedap untuk mengambil hati mak dan ayah mentua saya. Ini kerana saya mahu melihat mak dan ayah nya sayangkan suami saya.

Saya mempunyai duit yang banyak dan harta yang banyak yang ditinggalkan oleh aruwah ibu dan ayah saya. So saya buat macam macam untuk mak dan ayah si suami gembira.

Hanya satu sahaja kami menggelak berjumpa adik dan adik ipar suami untuk menjaga kesihatan mental saya.

Suami tidak mampu lagi melihat saya menangis dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah.

Dan jika jodoh masih panjang suami akan cari saya semula apabila emak dan ayah nya sudah tiada lagi.

Dan saya akan pulangkan semula suami saya kepada keluarga nya semula.

Sebab bagi saya syurga seorang anak hanya pada ibu nya. Untuk mengelak suami menjadi anak derhaka saya korban bahagia saya dan anak anak saya untuk mereka.

Ini kerana jika saya masih menjadi isteri nya, suami saya akan menggelak berjumpa adik dan mak ayah nya, kerana ingin menjaga hati saya.

Terima kasih suami atas segala nya. Dan alhamdulillah terima kasih Allah semua nya bakal berakhir.

Tak perlu lagi saya lalui dengan ketakutan tiap kali berjumpa keluarga si suami.

Mak dan ayah dan keluarga suamiku, aku pulangkan suami ku kepada kamu semua.

Reaksi Warganet

Salsabila Roslan –
Cuba jadi garang dan tegas ckit, jangan lembik sangat. Kalau mak mertua awak mengata awak depan depan, awak balas lah balik.

Awak pun ada mulut kan. Jangan yes kan sahaja. Tak payah lah awak nak bodek mak mertua awk tu suh dia sayangkan awk dengan suami awak.

Biarlah dia nak lebihkan adik ipar pun. Janji family kecil awak sama berkasih sayang. Kenapa dengan mulut dia, rumahtangga awak boleh musnah.

Biarlah mak mertua taknak datang umah awak pun, biar jer dia pegi umah adik ipar. Awak tak rugi sesen pun.

Bak kata prof Muhaya, bahagia tu dalam diri keluar, bukan dari luar ke dalam diri. Jangan jadi mangsa keadaan.

TT tak boleh ubah mertua, jadi sila ubah mindset TT. Silalah banyak tengok ceramah prof Muhaya…

NuRaz Wan –
Saya rasa TT ni, jadi lemah sebab terlalu mengharapkan mertua, mungkin sebagai pengganti orang tua yang sudah takde.

Kalau mngambil sikp tidak kisah, apa sahaja yang mereka kata tidak akan mmbekas.

Perrcubaan mngambil hati mertua itu buktinya. Sebanyak mana awak mencuba pun, tak mungkin mereka akn berubah sikap, krn mereka tiada attitude yg baik, yg mngawal perilaku seseorang.

Khadijah YK –
Suami selalu pesan dengan saya. Jangan jadikan jadikan mulut jahat orang luar merosakkan kebahgiakan kita.

Maksudnya jangan sesekali sedih, rasa kecil hati dengan golongan t0ksid. Fokus pada family sendiri. Melayan orang orang t0ksid ni tak kan ada kesudahan nya.. Sampai matipun mereka cuma cari salah kita.
Berdoa n serahkan pd Allah.. Kita x mampu nak puaskan hati orang ain. lain…

Myzura Kamarul –
Kadang kadang kita kata kenapalah bercerrai. Tapi kita tak rasa apa yang TT rasa.

Hati dia dah letih menanggung semua rasa. Cerai tu kadang kadang lebih membahagiakan jika perkahwinan tu membuat kita derita.

Kita raikan keputusan tt dengan memberi kata kata semangat untuk dia bangkit semula.

Saya doakan tt dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk bangun semula.

Mastura Ismail –
Permulaan story pun da banyak point kene syukur. Anak baik dan suami baik.

Bab pilih kasih berat sebelah ni bukan dalam drama je. Tahankan je la. Lama lama akan biasa.

Dia jahat mulut dia dosa. Dia aniaya u, dia dosa. Duduk asing asing lagipun. Bukan hadap tiap masa.

Bahagia datang nya dari syukur. So 1st step try ingatkn diri untuk syukur.

Bukan mudah nak hidup as single mom. Pikir la anak. Jangan la pikir sedih sendiri je. Kita tak boleh ubah orang. Kita ubah persepsi diri.

Nasihat saya adalah untuk cuba cari yang positif untuk lahirkan rasa syukur. Sebab sy rasa sangat sayang korbankan rumah tangga sedangkan ade anak dan suami yang baik.

Masih ada harapan nak selamatkan rumah tangga. Seburuk buruk mertua dia tetap syurga buat kita dan suami.

Ade yang alami masalah dengan mertua lagi hebat tekanan nya. Lagi lah duduk serumah. Disumpah seranah. Dihina lagi.

Hidup single mom lagi mencabar sis. Takot lagi depress kalau nanti anak anak pun mencari kasih sayang suami. Buatnya suami akan dipaksa kahwin lain contoh nya.

Dalam hidup ni akan ade orang tak suka kita. Asal kita tak balas sudah la. Jangan lah bergaduh dengan suami jika diperli mertua. Sebab saya percaya dia juga terasa hati.

Kita support dia. Dia cuba jadi anak yang tak derhaka. Makan hati. Tapi ni lah ujian Allah. Ada masa u akan down . Ada masa u akan ok.

Sumber – Si yatim piatu

BACA: Mahasiswa ini berjaya raih pendapatan RM50,000 sebulan, rupanya ini rahsia boleh hidup mewah sebagai pelajar