“Aku selalu minta maaf dengan mak mertua sebab selalu jadi menantu ‘hantu’, ada sekali tu aku terbaca mesej suami dengan mak mertua”

Nama aku Maira (bukan nama sebenar). Aku terpanggil untuk share dekat sini sebab aku ni dikira pembaca setia dekat sini.

Selalu bila aku scroll, sering ada luahan berkisar masalah ibu mertua. Aku dikira bertuah sebab Allah bagi rezeki mertua yang baik, Alhamdulillah.

Tetapi tidaklah aku kecam kepada sahabat yang mempunyai mertua yang tidak dipinta aku kira.

"Aku selalu minta maaf dengan mak mertua sebab selalu jadi menantu 'hantu', ada sekali tu aku terbaca mesej suami dengan mak mertua"

Setiap kali aku terbaca, aku berdoa aku dijauhkan mertua yang tidak baik. Berbalik kepada kisah aku. Aku dah berkahwin dengan suami aku selama 7 tahun.

Awal – awal kahwin aku pjj.. dia di negeri di pantai timur, dan aku di kuala lumpur. Selepas beberapa bulan berkahwin, aku mengandung. Berita aku mengandung sangat mengembirakan mertua aku dan keluarganya. Umi selalu whatsapp bertanyakan khabar aku, begitu juga dengan biras aku.

Baca Artikel Penuh