“Aku rimas suami selalu pantau kemana saja aku pergi, sekali kegiatan kakak ipar kantoikan kegiatan sebenar aku”
Saya suri rumah sepenuh masa. Aku jadi rimas sebab suami saya jenis mengongkong selalu pantau saya kemana sahaja saya pergi dia akan soal saya keluar dengan siapa? keluar buat apa?
masa keluar bicara tentang apa? Ada lelaki tegur atau tidak? Ada tengok lelaki atau tidak?
dia selalu tuduh saya ada lelaki lain tetapi saya tidak pernah pun ada niat untuk dua kan dia. Sikit pun tidak terlintas dihati saya.
saya setia dengan dia dan tidak pernah ada mana2 lelaki dalam hidup saya, dari sini lah bermula nya saya menjadi isteri yang kurang aj4r kerana kalau saya diam dan tidak menjawab apa yang dia tanya dia cakap saya derhaka dan apabila saya jawab dengan kasar dia kata saya isteri kurang aj4r dan tidak hormat suami padahal saya tiada niat semua itu.
Dia lah yang mengajar saya menjadi macam itu. Sampai hari ini tidak pernah berhenti dia menyoal saya 5 tahun rumahtangga kami bina.
Sampai saya bosan dengan persoalan yang sama kadang2 ada kerja pun rasa malas nak keluar sebab malas nak menjawab saya letih apabila dia tanya begitu hati jadi sakit bnci pun ada dan kalau kawan dan adik beradik saya ajak pergi mana2 saya akan menolak kerana malas nak panjangkan cerita,
saya jadi bosan dekat rumah kehidupan saya rasa macam hidup dalam penjara timbul rasa benci mungkin sebab itulah sampai hari ini sy tidak boleh cinta kan dia saya sudah cuba untuk hormat dan cinta dia,
Sampailah baru2 ni saya telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui facebook sebab terlalu bosan dengan kehidupan saya. Saya balas chat laki itu hampir 3 bulan saya chat dengan dia,
tapi tidak pernah jumpa dan hidup saya ada sedikit gembira dan kurang tekanan sejak saya chat dengan lelaki itu. Tapi saya jujur saya cakap dekat laki itu saya sudah ada suami tapi dia nak chat juga hingggalah kami terlanjur.
Selama saya kenal dengan laki ini ada timbul rasa cinta yang boleh membuat kan hati saya tersangat bahagia yang tidak pernah saya rasa sebelum ini, tetapi saya sedar status saya, saya rasa bersalah sebab ada perasaan macam ini pada lelaki lain bukan pada suami sendiri.
Saya tidak minta semua jadi macam ini,saya sangat keliru sama ada saya hendak meneruskan kan cinta saya dengan lelaki tu atau pun tidak, dan terdetik di hati saya untuk buat solat istiqarah dan saya bangun tengah2 malam. 4 hari saya buat dan ada rasa dihati saya untuk jauhkan diri dari cinta yg tidak halal Allah bagi saya rasa.
Saya sedar mungkin Allah ingin uji kesetiaan rumahtangga saya. Saya minta ampun pada Allah saya berdoa sesungguh hati supaya Allah satu kan cinta kami suami isteri jika benar dia adalah jodoh hingga akhir hayat saya dan saya berdoa pada Allah supaya Allah hapus kan cinta selain cinta yang halal.
Dan saya berdoa supaya Allah tundukkan saya supaya saya dapat memenuhi segala perintah suami saya,dan tidak derhaka pada suami saya tetapi satu sahaja yang buat saya sedih dia tidak boleh ubah perangai dia tetap sama mula2 kahwin sampai ke hari ini dia tidak boleh buang prangai cemburu but4 dia terhadap saya,
saya nak dia bimbing saya ke syurga bukan ajar saya jadi derh4k4. kesabaran saya ada batasnya juga. Dan sekarang kenalan saya itu ajak saya bertemu lagi . ahirnya saya berjumpa dengan dia, masa tu suami saya outstation.
Dan masa tu kami tak sempat buat apa2. Hanya sekadar ringan2 dalam kereta. tapi tak sangka suami upah seseorang untuk perhatikan saya, orang itu ialah kakaknya sendiri.. kakak suami ambil gambar saya berdua dengan kenalan, dan dia send pada suami..
Suami meng4muk kata saya bertahun2 buat perkara itu siap tuduh saya macam2. saya kenal lelaki itu baru beberapa bulan.. sekarang saya be€ci dengan sil. Kalau sil tak beri tahu pada suami, suami pasti tidak akan tahu dan tidak akan marah saya sampai tahap macam ni.
dan kenalan saya itu cakap. Kalau suami ceraikan saya. Dia akan nikahi saya. Tapi masalahnya suami taknak ceraikan saya, suami gntng saya tak bertali sebagai hukuman buat saya katanya. Dan sekarang suami banyak berubah.
Bukan takat nafkah tak diberi malah suami mula melayan perempuan sedangkan dlu dia tak macam ni. saya buntu tolong bagi pencerahan buat saya tapi minta tolong jangan kecam saya.
BACA:
Gara-gara membela Siti Bainun, komen di Insta Anne Ngasri semua tak rileks mat!