“Aku jatuh cinta dengan pekerja isteri di kedai jahit dia, member aku cucuk kahwin lagi, tak salah poligami, aku terus nampak kekurangan isteri”

Aku sebenarnya tak tahu la nak mula dari mana. Hidup aku mandi tak basah, makan tak luak pun. Berat aku turun 7 kg, tinggal tulang je.

Macam tajuk dekat atas la kan. Aku dapat tahu kawan baik aku tengah buat persediaan nak kahwin dengan bekas isteri aku.

Aku dah bercerai 3 tahun lebih sebenarnya, 2019 aku cerai lepas 6 tahun berumah tangga. Aku pun tak reti nak cakap puncanya dari mana.

Aku namakan bekas isteri aku ni Sue lah senang. Kami berkahwin atas dasar cinta, kenal 2 tahun lepas tu kahwin.

"Aku jatuh cinta dengan pekerja isteri di kedai jahit dia, member aku cucuk kahwin lagi, tak salah poligami, aku terus nampak kekurangan isteri"

Bahagia sangat, lepas je kahwin memang aku minta Sue jadi surirumah je, sebab memang aku mampu pun nak tanggung. Bahagia sangatlah balik kerja ada isteri, ada makan minum, malam ada peneman. Sampai kawan aku semua agak kuat la memuji isteri aku, bekal makan siap, pergi kerja m4kin kemas.

Baca Artikel Penuh