“Aku ingat aku anak kandung sehinggalah satu hari mak abah bergaduh, mak ungkit aku anak angkat, sejak haritu mak pandang aku penuh kebencian”

Assalamualaikum wbt pembaca semua. Terima kasih admin sudi siarkan apa yang aku hantar ni. Aku cuma nak cerita kisah hidup aku.

Tak pastilah bila korang baca korang rasa hidup aku ni macam mana. Sebab aku sendiri pon lelah dengan hidup aku sendiri.

Aku ni memang dari dalam perut lagi tak diiginkan dengan ibubapa aku. Ibu aku buang aku sejak aku dari dalam rahim lagi.

"Aku ingat aku anak kandung sehinggalah satu hari mak abah bergaduh, mak ungkit aku anak angkat, sejak haritu mak pandang aku penuh kebencian"

Aku dapat tahu benda ni dari 2 – 3 sumber yang memang aku boleh percaya. Ibu aku katanya tertekan sebab bapa aku buat hal masa dia mengandungkan aku.

Dia tak mau aku, dia cuba bagi aku kat orang masa dalam kandungan hinggalah sampai kat 1 tempat ni. Dekat situ dia cuba gugurkan aku. Nasib ada h4mba Allah sorang ni sudi nak bela aku dan tahan ibu dari gugurkan aku.

Baca Artikel Penuh