“Aku dukung isteri sampai unit kecemasan hospital, yang peliknya macam mana doktor kenal isteri aku?! Rupanya ini penyakit yang dia rahsiakan”

Oleh MHDAILY

“Aku dukung isteri sampai unit kecemasan hospital, yang peliknya macam mana doktor kenal isteri aku?! Rupanya ini penyakit yang dia rahsiakan”

Pernah suatu hari aku balik isteri tak masak sebab sibuk dengan anak2 dan urusan kerja.

Aku koyak dokumen kerja yang harus dia hantar pada bosnya hanya kerana geram dia tidak sediakan makanan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

"Aku dukung isteri sampai unit kecemasan hospital, yang peliknya macam mana doktor kenal isteri aku?! Rupanya ini penyakit yang dia rahsiakan"

Dia hanya bangun, tanpa berkata sepatah pun berlalu masuk bilik. Ego aku tercabar. Aku merentap rambut isteri saya dan meng4muk macam orang gila.

Assalamualaikum min. Aku Faiz, seorang suami yang ego. Ego hingga aku kehilangan seorang wanita bergelar isteri. Aku dulunya seorang pemuda kampung. Berkenalan melalui facebook dengan isteri aku.

Aku tidak tahu isteri aku seorang anak orang berada. Pertama kali dia mengajak aku ke rumah orang tuanya, aku terkejut. Pertama kali melangkah ke rumah atau selayaknya dipanggil istana, aku takut. Cuak bila berhadapan dengan ibu bapanya.

Namun alhamdulillah, mertua aku sangat merendah diri dan menerima aku seadanya. Aku terharu kerana mereka sanggup menerima aku. Pemuda kampung yang merupakan anak orang miskin. Aku baru memulakan pekerjaan di sektor awam.

Berbekalkan hanya sijil SPM, aku hanya layak memegang jawatan pembantu am sahaja. Manakala isteri aku merupakan lulusan master dan kerja dengan gaji berkali ganda jauh lebih tinggi dari aku. Kami telah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan anak seramai 4 orang. 90% perbelanjaan rumah ditanggung oleh isteri aku kerana gaji aku kecil.

Duit gaji aku hanya digunakan untuk aku semata-mata. Aku memberi RM600.00 sebulan pada ibu dan bapa aku. Manakala untuk isteri aku, aku hanya memberi sebanyak RM50 sebulan kerana beranggapan isteri aku sudah mempunyai banyak duit.

Isteri aku tidak pernah merungut. Urusan yuran sekolah anak, makan pakai, barang dapur, bil-bil dan komitmen rumah kereta isteri aku tanggung sepenuhnya tanpa pernah mengungkit dan merungut. Rumah yang dibeli oleh isteri aku agak selesa.

Segenap ruang isteri aku memasang penghawa dingin untuk keselesaan kami sekeluarga. Aku jadi sombong. Aku tidak biasa tidur tanpa aircond walapun di rumah ibu bapa aku sendiri. Aku jadi lupa daratan. Di awal perkahwinan, dia kerap bercerita pada aku.

Balik kerja saja, tak berhenti dia cerita pasal anak, pasal kerja. Tapi aku hanya dengar acuh tak acuh saja. Sampailah di usia perkahwinan kami menjejak tahun ke lapan, isteri aku jadi pendiam. Hanya bercerita dengan anak.

Aku tidak lagi dengar ap-apa cerita darinya. Dan aku merasa amat selesa kerana tidak diganggu oleh cerita yang entah apa-apa. Aku seorang lelaki yang mempunyai hobi memancing. Setiap kali ada waktu terluang aku akan keluar memancing bersama kawan-kawan.

Segala urusan keluarga aku serahkan 100% pada isteri aku. Aku tidak pernah tahu sakit demam isteri dan anak. Pernah suatu ketika anak aku dimasukkan ke hospital. Bila aku balik memancing, aku dapati tiada orang di rumah.

Aku cek telefon aku, tiada sebarang panggiIan tidak berjawab dan whatsapp dari isteri aku. Dan aku, tetap dengan ego dan sombong aku. Tidak menelefon dan tidak whatsapp isteri aku. Selepas 3 hari, barulah isteri dan anak pulang.

Aku bertanya dengan nada kasar. “Kamu ke mana? Buat rumah macam hotel. Kalau nak buat perangai macam ni baik kau berambus saja dari rumah ni!!” Isteri aku menoleh, aku perasan muka isteri aku pucat, mata bengkak.

Dia menjawab ”ini rumah saya”. Ego aku tercabar. Aku mengatakan dia isteri derhaka. Keluar rumah tanpa kebenaran suami. Dia hanya diam dan membawa anak-anak masuk ke bilik. Petang tu barulah aku dapat tahu dari anak bongsu bahawa anak sulong aku telah dimasukkan ke hospitaI kerana demam panas.

Isteri membawa kesemua anak aku ke hospitaI sambil menjaga anak sulong yang sakit. Dan aku masih eg. Tidak pernah minta maaf. Semenjak hari itu isteri tidak pernah memberitahu apa-apa pada aku. Dia hanya buat mengikut kepala sendiri.

Pergi ke mana-mana tanpa meminta kebenaran aku. Dan aku masih sibuk memancing. Yang aku tahu balik rumah makanan harus disediakan. Pernah suatu hari saya blik isteri tidak masak kerana sibuk dengan anak-anak dan urusan kerja.

Aku mengoyak dokumen kerja yang harus dia hantar pada bosnya hanya kerana geram dia tidak menyediakan makanan. Dia hanya bangun, tanpa berkata sepatah pun berlalu masuk bilik. Eg0 aku tercab4r. Aku mer3ntap rambut isteri aku dan meng4muk macam orang gila.

Isteri hanya diam membatu dan kembali masuk bilik anak-anak dan mengunci pintu. Bermula dari hari itu, kami berpisah tempat tidur. Pada saat ego aku memuncak, aku berpakat dengan kawan kerja wanita untuk berlakon menjadi kekasih aku Dengan harapan isteri aku akan merayu pada aku.

Bersujud dan melutut pada aku. Aku membawa “kekasih aku” ke rumah. Isteri aku menyambut kami dengan mesra. Selepas aku memperkenalkan wanita tersebut sebagai “kekasih aku, aku lihat riak isteri aku sedikit berubah. Terkejut.

Namun sekejap cuma. Dia kembali ke dapur menyediakan makan minum untuk kami. Dan sangkaan aku meleset. Isteri aku tetap diam membisu tanpa ada pujuk rayu. Hidupnya hanya bersama anak-anak dan aku dibiarkan sepi dengan ego aku sendiri.

Sejak 4 bulan sebelum ini, anak-anak aku sering mengadu ibu mereka tidak sihat. Aku beranggapan isteri aku sekadar menyuruh anak memberitahu aku semata-mata untuk dapatkan perhatian aku. Aku tetap dengan ego aku tidak mempedulikan isteri aku dan sibuk dengan urusan memancing.

Sampai di satu ketika, isteri aku memanggil aku. Setelah hampir 2 bulan kami tidak bercakap. Isteri aku meminta aku menjaga anak-anak. Kerana dia kurang sihat dan tidak mampu menjaga makan pakai anak-anak aku.

Aku mengamuk lagi kerana aku menyangka dia akan memujuk aku untuk berbaik. Aku menyangka isteri aku hanya ingin menyusahkan aku. Aku segera mengemas pakaian anak-anak dan menghantar pada keluarga aku.

Aku tidak mampu menjaga anak-anakku kerana aku tidak menguruskan mereka dari mereka kecil. Sebelum aku keluar dari rumah, sempat aku meIemparkan kata kesat buat isteri aku yang terlantar atas katil.

”Jadi isteri tak guna, Jadi ibu pun tak guna. Baik kau m4mpus je alang-alang dah sakit tu”. Dia hanya tersenyum dengan mata berkaca sambil mencivm anak-anak. Anak-anak menangis kerana tak mahu berpisah dengan ibunya.

Aku r3ntap tangan anak-anak aku dan menyuruh mereka masuk kereta. Ye, aku masih ego. 5 hari selepas aku duduk di rumah keluarga aku, aku membawa anak-anak pulang ke rumah kerana semua anak aku menangis rindukan ibu mereka.

Saat anak aku masuk ke bilik ibunya, aku berada di ruang tamu dengan eg0 aku. Anak aku yang sulong datang pada aku dan menangis minta aku membawa ibunya ke hospitaI. Aku segera masuk ke bilik dan melihat isteri aku terbaring dengan muka yang pucat.

Berbotol-botol ubat yang aku tidak tahu untuk apa ada di atas katilnya. Dan yang paling membuat aku terk3jut, kepala isteri aku botak. Ya botak. Selepas kami bercerai tempat tidur, tidak pernah aku lihat kepala isteri aku.

Aku segera mendukung isteri aku dan membawanya ke unit kecemasan hospitaI terdekat. Anehnya, apabila sampai sahaja aku ke sana, doktor doktor di sana seolah-olah dah lama mengenali isteri aku. “Ya Allah Mira. Cepat call Dr. Rosnani, bagitahu dia Mira kritikaI”. Jerit salah sorang doktor di situ.

Aku pelik, macam mana doktor kenal isteri saya? Dia hanya menjawab, biar kami seIamatkan isteri encik dulu, nanti saya jelaskan. Encik sila tunggu di luar. Hampir 5 jam aku menunggu. Doktor keluar dan mengatakan, ”Maafkan saya encik, keadaan isteri encik sangat kritikaI. Kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana lambat bawa ke hospital.

Sel kanser dah merebak pada otak dan menyerang organ dalaman. Kita sama-sama berdoa moga ada keajaiban”. Saat tu aku merasa seluruh isi dunia menghemp4p aku. Dr Rosnani memanggil aku ke bilik kaunseling.

Dia menceritakan bahawa isteri aku telah disahkan mengidap barah otak pada 6 bulan lepas. Pada awalnya isteri aku menjalani rawatan seperti ditetapkan jadual. Isteri aku bersemangat untuk pulih pada awalnya.

Namun, pada pusingan kimoterapi yang ketiga, isteri aku tidak datang lagi ke hospital. Setelah selesai perbincangan dengan Dr Rosnani, aku kembali ke tempat isteri aku. Luluh hati aku melihat tubuhnya berselirat dengan wayar.

Saat itu ego aku runtuh. Hilang sekelip mata. Aku menangis sungguh sungguh tanpa perasaan malu pada mata-mata yang melihat. Namun isteri aku tetap kaku. Aku menangis memohon maaf. Isteri aku dalam keadaan koma sepenuhnya.

Doktor tidak mampu berbuat apa-apa kerana saraf otak isteri aku lumpuh sepenuhnya. Hatinya sudah tidak berfungsi. Buah pinggangnya juga telah rosak. Doktor menempatkan isteri aku di bilik khas. Kami diberi peluang untuk bersama isteri aku.

Aku malu dengan keluarga mertua. Bila ayah mertua tanya bila isteri aku mula sakit, kenapa mereka tidak diberitahu, kanser apa dan macam-macam soalan, aku hanya mampu diam. Rupanya isteri aku tidak pernah menceritakan sakitnya pada siapa-siapa.

Dia hanya menanggung seorang diri. Aib aku juga tidak diceritakan pada keluarganya. Pada anak-anak dia tidak pernah burukkan aku. Saat itu aku sungguh-sungguh berdoa moga ada keajaiban. Namun setelah 34 jam isteri aku bertarung nyawa, Allah telah menjemput isteri aku.

Aku meraung sekuat hati. Namun tiada apa yang mampu berubah. Selepas seminggu pemergian isteri aku, aku kembali ke rumah kami. Aku mengemas barang peninggaIan isteri aku. Dan aku terjumpa diari isteri aku.

Saat aku membaca diari tersebut, tahulah aku.. Isteri aku terlalu kecewa dengan sikap aku. Terlalu sedih dengan hidupnya. Isteri aku tidak punya kawan. Segalanya diluahkan dengan menulis diari. Dia tidak mahu bercerita tentang perlakuan buruk aku pada keluarganya kerana tidak mahu dipandang serong oleh keluarganya.

Sungguh aku menyesal menjadi manusia ego. Kepada suami di luar sana, hargailah isterimu. Sanjungi mereka. Sayangi mereka selayaknya. Doakan aku kuat menjaga anak-anak aku. Sukarnya menguruskan sebuah keluarga tanpa isteri di sisi. Baru aku tahu. Damailah di sana kekasih hatiku Mira Zulaikha.

Komen Warganet :

Diqq Rezaly Said : Ikut hati memang saya nak sumpah seranah tt tapi siapalah saya untuk menghukum, kerana kehidupan kita di masa hadapan pun belum pasti lagi macam mana. Kalaulah cerita ini betul, satu pesanan untuk tt. Mohon ampun pada Allah dan banyakkan sedekah atas nama arw4h. Belajar dari kesilapan, ego tu perlu cuma jangan meIampau, tahap ego tt ni dah tahap melangit dan tak sedar diuntung!

Intan Norliza Ariffin : Cerita ni macam cerpen je, kalau betul-betul di Alam realiti saya yakin memang pernah terjadi. Memang ada segolongan lelaki yang tak pernah nak bersyukur. Buat macam-macam pada isteri sendiri. Isteri kalau dah diam maknanye dah betul-betul kecewa dan makan hati, memang susah nak diubati. Pada tt, menyesal pun dah tak berguna, tanggunglah seumur hidup.

Susan Victoria Mayor : Dah nampak isteri tu sakit bawa la pergi hospital. Tak perlu belajar sampai master kot nak hantar bini pergi hospital. Macam ni la manusia. Dah tak ada baru nak hargai. Eh geram lak aku baca citer ko ni. Bod0h teramat-amat.

Cik Puan Julieta : Mengalir air mata saya menghayati kisah ni. Kenapa jadi seorang suami yang sangat kejam! Jika ini cerita benar, Allahu tak tau nak cakap macam mana. Syurgala tempat mu wahai isteri solehah. Hargailah pasangan hidup kita selagi ada. Jangan ditangisi bila sudah tiada, semuanya sudah tidak bererti lagi.

Rosalinda Maslinda : Saat baca kisah ni cuma simpati pada arw4h isteri dan anak-anak. Kepada si pengadu yang perangai ibarat kacang lupakan kulit, masuklah ke kolam buaya, daging kau bagus untuk jadi makanannya sebab hanya itulah taraf kau di dunia ini.

Khatijah Gneuz : Bila isteri dah hilang nyawa. Baru nak sedar. Cerita yang sungguh menginsafkan. Semoga damailah arw4h isteri anda di alam sana. Geram juga baca dari awal kisah ni, dengan sikap suami yang asyik cari salah isteri. Isteri dah meninggal, baru dia insaf. Dah terlambat. Kerana ego sanggup kamu lukakan hati arwah.

BACA:

Gara-gara terpedaya dengan tawaran untuk berseronok dengan wanita muda, seorang warga emas kerugian lebih RM245,000

Kenapa orang tak sebut penuh ‘RM10,000’, kadang sebut ‘RM10 k’ je? Rupanya ini maksud disebalik ‘k’ itu