“Aku cek telefon ibu, aku dapati ada whatsapp yang mencurigakan dari adik ipar aku, mula-mula nasihat, lama-lama..”

Aku berumur 20+ tahun, merupakan anak sulung dan mempunyai adik ipar lelaki berumur 30+ tahun.

Aku masih tinggal bersama keluarga dan orang tua aku. Adik perempuan aku bersama suaminya juga menetap bersama

akan tetapi keadaan dan suasana dalam rumah kami agak tegang sejak dua menjak ini akibat ibu aku meminta ayah untuk diceraikan.

"Aku cek telefon ibu, aku dapati ada whatsapp yang mencurigakan dari adik ipar aku, mula-mula nasihat, lama-lama.."

Aku faham situasi ibu yang di mana ayah tidak mempunyai gaji yang besar. Ibu sering mempertikaikan bahawasanya sering dieksploitasi untuk membayar segala perbelanjaan dan pembiayaan. Akan tetapi ayah mempunyai sisi baik tersendiri.

Ayah aku seorang ayah yang baik, mementingkan pendidikan kami, sering melakukan kerja – kerja rumah tanpa mengharapkan ibu. Ibu aku selepas balik kerja hanya berehat dan kami lebih banyak meluangkan masa dengan Ayah, hidupnya sangat bersederhana dan aku sedih melihat pakaian ayah yang lusuh, sangat dimamah usia.

Baca Artikel Penuh