‘Aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni kau mampos!’, Skrip Janna Nick di Madinah undang reaksi netizen

Tular baru-baru ini apabila pelakon popular, Janna Nick melontarkan dialog yang tidak sopan semasa penggambaran sebuah drama bersiri barunya di Tanah Suci Mekah.

Memang sedia maklum watak yang dibawanya itu adalah watak antagonis dan tujuan utama adalah bagi menyampaikan pengajaran.

Namun, warganet masih merasakan kata-kata pelakon itu tak pantas disebut semasa berada di sana.

'Aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni kau mampos!', Skrip Janna Nick di Madinah undang reaksi netizen

Depan makam Rasulullah ni aku cakap depan muka kau, kalau Rayyan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni kau mampos!

janna

Isu tersebut juga telah mengundang seorang pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun untuk memberi teguran berkenaan dialog tersebut. Katanya, pihak produksi tidak sepatutnya membenarkaan skrip itu diguna pakai di sana..

@akmal_pro #Assalammualaikum #UAH#πŸ’šπŸ’šπŸ’š ♬ original sound – akmal_102

Disebabkan adegan yang tidak sensitif itu, ramai netizen telah bertindak mengecam aktres ini di ruangan komen hantarannya. Mereka turut tidak berpuas hati kerana Janna seolah-olah tidak tahu tentang tata tertib ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Tolong jaga agama dan kemulian Nabi kita.

Ramai juga dari kalangan warganet meminta agar adegan itu tidak ditayangkan di layar kaca TV untuk tontonan umum bagi menunjukkan rasa hormat terhadap tempat suci itu.

BACA:Β β€œAyah benci anak aku tapi dengan cucu lain elok je, dengan anak aku kerja nak jerkah, anak aku sampai tanya kenapa atok tak sayang dia”