Aktiviti pembalakan di Sik kekal untuk 18 tahun lagi, tegas MB Kedah

Oleh MHDAILY

Aktiviti pembalakan di daerah ini dijangka berterusan bagi tempoh 18 tahun lagi, berikutan kesemua lesen bagi aktiviti itu sudah diluluskan pimpinan kerajaan negeri terdahulu.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Mei tahun lalu, pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang projek pembalakan baharu di Kedah.

“Orang ramai tak akan dapat lihat pemandangan tanpa lori balak di jalan raya sepanjang tempoh ini, ia sudah diluluskan kerajaan terdahulu. Balak itu akan berjalan sampai ‘kiamat’ (dalam tempoh lama), kena terima kerana perkara ini (kelulusan) sudah lepas.

Baca Artikel Penuh