Aksi telan ular bawa padah, petani maut kena gigit

Seorang petani yang terkenal sebagai ‘penelan ular’ maut akibat seekor ular berbisa menggigit lidahnya sehingga menyebabkan kematian.

Lapor Daily Mail, lelaki berusia 55 tahun itu memasukkan ular berbisa ke dalam mulutnya untuk melakukan helah kepada rakan sekerja di ladang di wilayah Astrakhan, Rusia.

Beberapa laporan memaklumkan, lelaki itu sudah dua kali memasukkan ular tedung ke dalam mulutnya, namun, ketika percubaan ketiga, ular itu tiba-tiba menggigit lidahnya.

Aksi telan ular bawa padah, petani maut kena gigit

Meskipun ular itu beracun, gigitan haiwan reptilia itu kebiasaannya tidak menyebabkan manusia maut.

Namun, beberapa jam selepas petani itu dirawat di hospital, lidah dan tekaknya membengkak akibat reaksi alergi.

Petani itu disahkan menderita anafilaksis sehingga menyebabkan lidahnya tidak boleh memasuki mulutnya semula.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/buat-aksi-telan-ular-petani-maut-selepas-lidahnya-digigit/

BACA JUGA : Tiga minggu lagi baru nak muktamad rentas negeri – Hishamuddin

COMMENTS

Wordpress (0)