Aksi nenek buat ‘strike’ sambil pakai baju kurung jadi tular

Aksi nenek buat ‘strike’ sambil pakai baju kurung jadi tular

Aksi nenek buat ‘strike’ sambil pakai baju kurung jadi tular. Aksi seorang wanita warga emas yang meraih ‘strike’ ketika bermain boling bersama anak-anaknya mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen.

Perkongsian video melalui akaun TikTok @doaspmuntukmin yang juga anak kepada wanita tersebut menyaksikan aksi santai ibunya yang menggolekkan bola boling sekali gus menjatuhkan semua pin yang ada.

Sejurus video itu telah tular, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah rasa kagum dengan kelincahan wanita tersebut.

Aksi nenek buat 'strike' sambil pakai baju kurung jadi tularAksi nenek buat 'strike' sambil pakai baju kurung jadi tular

Dalam sudut pandang lain, terdapat netizen yang memuji keluarga mereka khususnya anak kepada wanita tersebut kerana meluangkan masa bersama ibunya dan membiarkan ibunya melakukan apa yang dia suka.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih sebanyak lebih 600,000 tontonan, 65,300 tanda suka dengan 1014 perkongsian dan dimeriahkan dengan pelbagai komen daripada netizen.

@doaspmuntukmin keno ado gayo baru strike 🤣 #fypシ ♬ suara asli – Shycoo

BACA:

‘Thank You Babi’ – Habis 20K, pemuda teruja dapat kancil wajah baru lepas kena sondol babi

Nabil dan Kak Lina buat hal lagi, “baru opening dah berdekah macam ni”

Lufya terkilan selepas 3 tahun berjuang tuntut nafkah anak, hakim batalkan kes

CATEGORIES