Aksi gatal cikgu ini raba pelajar cetus kemarahan ramai

Sentuh kawasan sensitif pelajar, aksi cikgu ini cetus kemarahan ramai.Tular di media sosial beberapa foto yang memaparkan aksi seorang guru sekolah menengah di Sulawesi Utara, Indonesia yang didakwa melakukan tindakan tidak senonoh kepada salah seorang anak muridnya.

Dalam foto-foto yang dikongsikan di sebuah akaun Facebook terlihat seorang guru lengkap berseragam menyentuh kawasan sensitif salah seorang murid yang sedang belajar.

Dalam gambar itu, terlihat murid tersebut sedang tekun menggunakan komputer semasa gurunya berdiri di sebelahnya sambil menyentuh di bahagian payudaranya.

Diketahui bahawa terdapat 4 foto yang beredar di media sosial terkait kejadian itu. Akaun Facebook yang pertama kali berkongsikan foto-foto tersebut meminta agar pihak berkaitan segera mengambil tindakan terhadap guru yang disyaki melakukan pencabulan itu.

Aksi gatal cikgu ini raba pelajar cetus kemarahan ramai

“Terdapat kes serangan seksual oleh seorang tenaga pendidik yang tidak bertanggungjawab terhadap salah seorang pelajar di sekolah menengah saat pembelajaran berlangsung. Kejadian ini berlaku di salah sebuah sekolah di Motoling,”tulis akaun Facebook yang memuat naik foto tersebut.

“Diharapkan Jabatan Pendidikan Daerah Provinsi Sulawesi Utara mengambil tindakan segera agar kejadian ini tak berulang lagi!!”lanjutnya.

Pihak Jabatan Pendidikan setempat diketahui telah bertindak balas terhadap kes gangguan seksual yang didakwa itu.

Pihaknya menyatakan bahawa kes tersebut masih lagi sedang diteliti dan disiasat. Difahamkan bahawa guru tersebut akan diminta untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Sumber: Siakap Keli